Semalam, aktor yang juga bekas finalis Hero Remaja, Ben Amir tidak menafikan dirinya kini sedang berkawan dan rapat dengan pelakon, Uqasha Senrose sejak beberapa bulan lalu. Malah, hubungan di antara keduanya ibarat bukan lagi rahsia apabila masing-masing ada memuat naik foto bersama menerusi media sosial.

Terbaru, pelakon wanita itu juga memberikan reaksi berhubung spekulasi berkenaan. Uqasha yang juga kakak kepada Nelydia dan Rasyha bagaimanapun menjelaskan, hubungan mereka masih berada pada fasa sedang mengenali hati budi.

Katanya seperti yang dipetik Astro Gempak, dia sudah mengenali lelaki berkenaan sudah lama selepas terlibat menerusi sebuah drama sama beberapa tahun lalu. Cuma hubungan keduanya kian rapat sejak sembilan bulan kebelakangan ini.

IKLAN

https://www.instagram.com/p/Blw4Jd-hFNS/?hl=en&taken-by=benamirr

“Saya akui, buat masa sekarang saya sedang cuba mengenali dan berkawan dengan Ben. Kami berdua rapat dan sedang kenal hati budi masing-masing. Seperti manusia yang lain, saya cuma berkenalan dan berkawan dengan dia. Sudah hampir sembilan bulan saya berdiam sahaja.

 

“Saya terfikir, apa salahnya jika saya berkawan dengan seseorang. Saya tak jangka ia terjadi, tiada ‘plan’ langsung untuk bertemu dengan Ben semula dan rapat dengannya. Saya selesa berkawan dengan Ben,” katanya.

Pada masa sama, Uqasha tidak menafikan dia ada menemani atau menjemput adiknya di lokasi penggambaran drama melibatkan Nelydia dan Ben.

IKLAN

“Baru-baru ini, adik saya, Nelydia Senrose berlakon bersama Ben dalam drama bersiri Cinta Tiada Ganti. Saya ke set penggambaran Nelydia untuk menjemputnya kerana Nelydia tidak membawa kenderaan pada ketika itu.

 

“Semenjak kejadian terbabit, saya bertemu semula dengan Ben dan kami mula berkawan rapat,” jelas Uqasha.

Terdahulu, pelakon cantik ini ditemui pada sesi tayangan perdana filem Hantu Kak Limah di MMCineplex, e@Curve, Damansara pada Selasa.

IKLAN

https://www.instagram.com/p/Bl3QMmzgLUj/?hl=en&taken-by=uqashasenrose2

Foto: Instagram Uqasha/Ben Amir

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI