Program komedi, Sepahtu Reunion Live ditanggungkan berikutan langkah keselamatan serta pencegahan bagi mengekang penularan Coronavirus 2019 (COVID-19) yang kini melanda seluruh dunia, termasuk di negara ini.
Perkara itu dikongsikan anggota kumpulan berkenaan, Jep Sepahtu di Instagramnya.
“Kami ingin beritahu berita yang mendukacitakan apabila kami diberitahu pihak Astro telah memutuskan untuk menunda siaran langsung program Sepahtu Reunion Live pada hari Jumaat ini dan Sepahtu Reunion Al-Puasa pada hari Ahad ini.
“Perkara ini berikutan langkah berjaya-jaga pihak Astro untuk memastikan keselamatan dan kesihatan semua pihak,” kata Jep.
Sementara itu, Shuib turut memaklumkan bahawa mereka akan sentiasa mengemaskini akaun Instagram rasmi, @Sepahtu Reunion Live Official.
“Jangan risau, kami akan sentiasa ‘update’ dari masa ke masa mengenai program Sepahtu Reunion Live
“Sama-sama kita berdoa agar sentiasa dilindungi daripada virus COVID-19 dan keadaaan kembali pulih seperti biasa,” jelas Shuib.
Dalam perkembangan lain, Sepahtu Reunion Live 2019 Akhir turut tercalon bagi kategori Program MeleTOP dalam Anugerah Meletop Era 2020 (AME2020) yang berlangsung pada 12 April ini di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Terdahulu, pihak Astro turut memaklumkan bahawa program hiburan, MeleTOP yang bersiaran secara langsung pada Selasa lalu di Astro Ria dan Ria HD tidak mempunyai penonton sebagaimana lazimnya.
Video : Instagram Jep Sepahtu
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bacaan Al-Fatihah merupakan satu antara 13 rukun solat bagi umat Islam.
Di atas sebab itu, rapper Altimet mengambil inisiatif mewujudkan aplikasi Recite bagi membantu mereka yang ingin memperbaiki dan menguatkan penghayatan bacaan surah ini.
Jelasnya, pembaca hanya perlu memuat naik aplikasi Recite dan menghantar bacaan Al-Fatihah, ia kemudian akan dinilai dan dibetulkan oleh asatizah (ustaz dan ustazah) secara audio dalam masa kurang 24 jam.
“Ni ada masa lebih ni, boleh la check, betulkan balik apa yang kurang. Siapa yg rasa AlFatihah dia kurang memuaskan boleh try app kami, check AlFatihah sebanyak yg mampu.
“Guna feature #fasihalfatihah kami. @reciteapp boleh download kat AppStore & Google Play. Moga membawa manfaat,” kongsinya.
Menurut keterangan di laman web Mufti Wilayah Persekutuan, membaca Surah al-Fatihah di dalam solat adalah rukun solat bagi setiap rakaat sama ada solat sunat ataupun fardu.
Dalam kata lainnya, tidak dikira solat seseorang itu sekiranya dia tidak membaca Surah al-Fatihah.
Surah al-Fatihah perlu dibaca dengan bacaan yang betul lagi sahih dengan meraikan bacaan dengan baris yang betul berserta dengan tajwid dan makhrajnya.
Tambahnya, hendaklah bacaan al-fatihah dibaca dengan jelas melalui lidah sebatas pendengaran kita, dan tidak pula sehingga ke tahap mengganggu makmum yang bersebelahan.
Foto : Instagram Altimet & Laman Web Mufti Wilayah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara Neelofa meluahkan kebimbangan apabila peningkatan ketara kes jangkitan wabak COVID-19 di Itali menyamai statistik yang ditunjukkan oleh Malaysia. Malah, peningkatan daripada 13 Mac sehingga ke hari ini melebihi kes yang didapati negara tersebut. Lebih-lebih lagi Itali mencatatkan jumlah kematian 475 kes pada 18 Mac dan menjadikan jumlah keseluruhannya 2978.
Jelas bekas pengacara Meletop itu, rakyat Malaysia perlu sedar sebelum semuanya terlambat.
“Tengok kenaikan nombor tu, tak banyak beza kan ? Sedar lah rakyat Malaysia, sebelum terlambat,” luahnya.
Netizen turut memuji sikap prihatin usahawan ini dalam usaha menjangkau perhatian masyarakat umum dengan penggunaan Bahasa Melayu.
Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan khas Perintah Kawalan Pergerakan merayu agar rakyat Malaysia duduk di rumah. Jelasnya ‘Tolonglah. Stay put where you are’.
Foto : Instagram Neelofa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!