Categories: Berita

“Saya Telah Dikenalpasti Sebagai Kontak Terdekat Kepada Seseorang Yang Disahkan Dijangkiti COVID-19,” – Zoey Rahman Jalani Ujian Saringan

Share

Pelakon dan hos, Zoey Rahman ada berkongsi video pendek yang merakamkan dirinya sedanf menjalani ujian saringan pandemik COVID-19.

Perkara itu dibuat bintang berkenaan selepas dirinya dikenalpasti mempunyai kontak dengan individu yang disahkan positif wabak berkenaan.

“Saya telah dikenalpasti sebagai kontak terdekat kpd sesorang Yang telah disahkan dijangkiti #Covid19.

“Semoga semuanya selamat. Semoga negara kita BEBAS COVID 19. #kitajagakita,” tulisnya pada entri video yang terlampir.

Sehubungan dengan perkongsian yang dibuat Zoey, para peminat dan rakan artis sama-sama berdoa agar semuanya selamat dan dipermudahkan.

Foto: Instagram Zoey Rahman

IKLAN