Selebriti terkenal, Hanis Zalikha berkongsi pengalaman anak sulungnya, Yusuf Iskandar yang cuba menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan tahun ini buat kali pertama.
Hanis berkata, Yusuf berjaya berpuasa selama sehari meski usianya baru hampir mencecah usia enam tahun.
“Setakat ini dia dapat puasa sehari sahaja lah dan dia buat pun dengan rela hati.
“Mungkin sebab dia tengok saya dengan suami puasa, jadi dia pun cakap teringin nak cuba untuk puasa,” katanya.
Dalam pada itu, Hanis dan suami yang juga pelakon Hairul Azreen memberitahu, mereka sepakat untuk sebolehnya tidak mahu bersikap keterlaluan dalam usaha mendidik anak-anak.
Akui senang dengan sikap dua permata hatinya yang bersemangat untuk melakukan amalan kebaikan, jelas Hanis sebagai ibu dia tidak mahu terlalu memaksa.
“Sejujurnya, perkara lain macam solat dan puasa ni semua saya sebagai ibu tidak mahu terlalu memaksa.
“Sebolehnya saya cuma mahu tunggu bila dia dah betul-betul bersedia untuk buat.
Ads
“Kalau orang kata cara saya didik anak tu lembut tetapi sebenarnya tidak sebab saya ni seorang yang tegas cuma tak garang.
“Bagi saya, anak ini satu amanah kan jadi memang kita kena tegas kalau nak didik anak,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Hanis kini secara rasmi telah dilantik untuk menjadi duta rangkaian pakaian fesyen muslimah jenama Innersejuk.
Ibu kepada dua orang cahaya mata ini ketika ditemui di majlis perlantikan tersebut menzahirkan rasa syukur apabila diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai duta jenama berkenaan.
Ads
“Saya rasa berbesar hati sangat apabila dipilih untuk pegang dan galas amanat ini.
“Apa yang membuatkan saya terima tawaran ini bukan hanya kerana kadar bayaran yang akan ditawarkan semata-mata seperti dalam perjanjian.
“Namun, saya berbesar hati untuk pegang amanah ini kerana visi Innersejuk itu sendiri yang mana mahu meletakkan jenama tempatan di persada antarabangsa,” jelasnya.
Katanya lagi, pihak Innersejuk juga telah merangka beberapa perancangan untuk menembusi pasaran antarabangsa dan asia tenggara khususnya.
Ads
Innesejuk menerusi koleksi terbaru, Telekung Suqainah ini dihasilkan dari rekaan inovatif Innersejuk sendiri iaitu DriChill® Tuff, fabrik yang lebih lasak & lebih tebal daripada telekung biasa.
Ciri menarik berkenaan dengan fabrik ini, walaupun lebih tebal dari kebiasaan telekung yang berada di pasaran, fabrik Telekung Suqainah ini direka khas supaya kekal sejuk dan anti-mikrob.
Lebih menarik, ia ditambah dengan ciri kemasan yang mewah menjadikan Telekung Suqainah ini sesuai dengan semua jenis muka, cantik terletak apabila memakainya dan memberikan keselesaan kepada pemakainya.
Sekadar informasi, Hanis atau lengkapnya Hanis Zalikha Zainal Rashid mendirikan rumah tangga bersama pelakon Hairul Azreen pada Jun 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Yusuf Iskandar, 5 dan Alisa Aisyah, 3.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Hanis Zalikha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida tampil membuat penjelasan susulan video tular di Tik Tok yang merakamkan pembantu rumahnya yang didakwa berbuka puasa secara berasingan sebagai mana didakwa.
Menerusi video sama, turut dipersoalkan, adakah situasi tersebut berlaku disebabkan taraf?
Vida,51, berkata pembantu rumah tersebut sama-sama makan sejurus waktu berbuka. Malah, dia sebenarnya duduk semeja dengan kakak.
“Tak ada kerja lain ke, cari pasal nak mengutuk saya. Apa masalah bibik (pembantu rumah) tak semeja dengan saya? Awak nak suruh dia duduk atas riba saya ke?
“Saya bagi bibik makan waktu saya berbuka juga. Dia makan di meja sana, saya makan di meja sini dengan tenangnya. Saya tak fahamlah.
“Lagi pun bibik makan dengan kakak saya, Mok Jah. Macam satu family. Apa masalah sebenarnya?,” kata Vida.
Video yang pada awalnya dikongsikan menerusi Tik Tok itu sebelum ini menerima reaksi pelbagai netizen.
Bagaimanapun, ada yang memahami akan situasi tersebut sekali gus meminta penyanyi lagu Ku Ikhlaskan itu tidak menghiraukan reaksi berbaur negatif.
“Baru-baru ni saya UPDATE STORY berbuka puasa bersama keluarga saya di rumah, dalam story tersebut nampak bibik saya dan kakak saya (MOK JAH) makan di berlainan meja.
“Yang mengejutkan saya, tiba-tiba video story durasi 15 saat itu VIRAL di tiktok dengan caption :
‘BIBIK MAKAN MEJA LAIN, TAK SETARAF’
“Saya faham zaman sekarang orang nak VIRAL sampai sanggup buat CONTENT CONTENT sebegini tanpa usul periksa sehingga mengundang fitnah dan kecaman.
“Kalau tak ada perkara baik yang nak di kongsikan dan di perkatakan, lebih baik diam. Selamat Menjalani Ibadah Puasa Ye Sayang Sayang Semua,” tulisnya pada ruangan kapsyen hantaran terbabit.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Hafiz Suip meluah rasakan bersyukur di atas penghijrahan isterinya, Nureffy Jasreel Abdullah yang kini tampil dengan imej berhijab.
Berkongsikan perkara itu di laman Instagram, Hafiz, 32, berasa cukup teruja dengan perubahan yang dilakukan isterinya itu lebih-lebih lagi dalam bulan suci Ramadan.
“Ya Allah semangat gila aku nak selfie dengan bini aku ya Allah. Semoga hidayat ke seluruh alam. Amin Ya Rabbal Al-Amin. Beautiful @nureffyj,” tulis Hafiz.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat Hafiz memberikan sokongan dan berharap perubahan itu akan berterusan dan semoga isterinya sentiasa istiqamah.
“Alhamdulillah, barakallah semoga Hafiz dan keluarga sentiasa dalam redha Allah.
“Alhamdulillah sungguh cantik bidadari hafiz berhijab, semoga Allah sentiasa memberi rahmatNya kepada hafiz dan keluarga, amin.
“Subhanallah cantiknya… moga terus istiqamah dan jalan terus untuk menggapai redha Allah,” tulis netizen.
Penyanyi Lagu Cinta Kita itu mendirikan rumah tangga dengan Nureffy, 29, pada 14 Mei 2016 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Riyadh Zafri, 5, dan Alkaf Zayne, 2 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Hafiz Suip
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...