Gara-gara memuat naik satu pertanyaan di Instagram, Zara Zya telah di serang oleh peminat tegar kpop.

Melihat persoalan Zara, bagi MH tidaklah keterlaluan. Malah pelakon ini nampak seperti ingin tahu dan hanya sekadar bertanya.

“Boleh bagitahu tak apa specialnya kpop?

 

“ Yang hafal lirik lag utu faham ke maksud?” tulisnya di Instagram.

Yang hafal lirik lagu tu faham ke maksud?

A post shared by Zara Zya (@zarazya) on

Namun pertanyaan ini tidak menyenangkan sehingga ruangan komennya itu dibanjiri dengan pelbagai tomahan dan kritikan negatif.

IKLAN

Malah, isu ini turut mengundang perbahalahan antara pengikut tegar kpop dan pengikut Zara.

Namun ramai jugak yang menyokong Zara dengan mempersoalkan peminat tegar itu, salahkah Zara sekadar bertanya.

Terbaru, Zara telah muat naik update sekali lagi dan berkata dia hanya bertanya apakah specialnya kumpulan dari Korea itu namun lain yang diharapkan, lain pula yang mendapat.

IKLAN

“Soalan saya apa specialnya kpop?, jawapan yang saya dapat, caci maki sumpah seranah. Aduhai budak-budak sekolah tak pandai jawab soalan exam.

 

“Kesian. Tak sangka sensitive sangat bila tanya pasal kpop. Ada few yang jawab lagu best, drama best, faham lirik sebab belajar di Korea.

 

“Ya, itu jawapan yang betul. Dah kenapa sensitive sangat kebanyakan budak perempuan pakai tudung duit belanja mak ayah kasi ada yang libatkan agama lagi. Ish….”tulisnya lagi.

?

A post shared by Zara Zya (@zarazya) on

Bagi MH peminat Kpop patutnya jangan mudah melatah sehingga orang lain langsung tak boleh nak soal mengapa.

IKLAN

Mungkin benar Zara hanya ingin tahu apakah istimewanya kerana terlalu curious melihat bagaimana seseorang itu benar-benar boleh mencintai dunia Korea terlalu mendalam.

Tidak salah untuk menjawab dan beri penerahan kepada pelakon ini. Mana tahu lepas diterangkan tiba-tiba Zara Zya pon akan jadi sebahagian daripada korang? So chill!

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI