Ramai tidak menyangka bahawa pelakon berdarah kacukan Melayu Filipina, Datin Seri Maria Farida Atienza lebih mesra disapa dengan nama pentas Maria Farida kini sudahpun beusia 54 tahun.
Sehubungan itu, dek kerana mempunyai tubuh badan serta kejeliiaan persis dara yang dimilikinya, ibu seorang anak ini terpaksa berdepan pelbagai persoalan seperti, apa rahsia? Bagaimana kekal awet muda?
Malah, video Maria Farida bersama usahawan, Dato Seri Vida atau nama sebenarnya Hasmiza binti Othman, 51, pernah tular di aplikasi TikTok hingga penampilan Maria Farida yang tidak terlihat dimamah usia menjadi sorotan dan bualan warganet.
Kebanyakkan warganet memberikan kata-kata positif mengenai rupa-paras Maria Farida yang anggun dan masih jelita itu di ruang komen. Malah, ada yang terpegun dan tertanya-tanya ‘rahsia’ kejelitaan aktress ini.
Kejelitaan Maria Farida Sama Seperti Yang Dikongsikan Di Laman Sosial! – Jurusolek
Ads
Malah, menerusi satu tangkap layar dari Astro Gempak, seorang jurusolek mendedahkan pernah berkerjasama bersama Maria Farida. Menurut individu itu, memang jelas kulit dan rupa Datin Maria memang seperti yang di kongsinya dalam laman media sosial.
“Saya pernah makeup Datin Maria Farida di rumahnya. 2 tahun lepas. Kulit dia memang cantik tiada satu pun garisan tua…cekang orang kata,
“Dan kulit dia tak perlu pakai foundation. Bila pakai foundation nampak sikit kering even yang liquid. Jadi datin maria memang tak suka pakai foundation pun,
“Tapi body kulit semua macam anak dara…memang segaklah orang kata…kalah kita yang muda.” ujarnya di ruangan komen.
Ads
Maria Farida Tak Buat Rawatan Estetik Kerana Takut Jarum
Ads
Datin Maria Farida juga pernah di soal dan di kata membuat rawatan di spa dan sebagainya untuk mengekalkan kecantikan rupa parasnya.
Tetapi, dia lebih mempercayai cara semula jadi untuk menjaga badannya. Maria mengakui hampir setiap hari, dia berdepan dakwaan dan kecaman di media sosial.
“Saya hadap perkara ini. Asyik tanya klinik mana? Suntik apa? Pada tahap ini, saya tak tahu, nak marah atau anggap itu sebagai pujian.
“Hakikatnya, saya tak buat apa-apa. Percaya atau tidak? Terpulang. Saya takut jarum dan kesakitan.
“Pada saya, kecantikan yang dianugerahkan mungkin ada kaitan dengan genetik saya. Dan mungkin saya sentiasa gembira dan selalu positif,” katanya.
Umum mengetahui bahawa pelakon Eyra Hazali sudah mengikat tali pertunagan dengan penjaga gol pasukan bola sepak bawah 22 tahun, Muhammad Haziq awal Desember lalu.
Dalam pada itu, Eyra ada berkongsi video ketika sesi pertunangan berlangsung.
“1.12.2018
“Alhamdulillah,one step closer ..
“No words can describe how grateful i am to have him in my life. If i have only one day to write about him,i know i’ll be running out of time because there are so much things to write about my man. Thank you to you and mak,ayah,along,ika,epy,ijie and the rest of the families for accepting me ..
“Thank you to my family and friends as well for helping out during the day and accepting Haziq. Last but not least,thank you for all the wishes. ❤️ #HNxEH,” tulis Eyra.
Ketika itu, Eyra masih belum berhijab dan dia tidak mendedahkan aurat (rambutnya) di dalam video berkenaan.
Lantas, perkara itu telah mendapat perhatian netizen dan memuji sikap Eyra.
Tanggal Februari lalu, Eyra tampil manis apabila dia memulakan hijab buat pertama kalinya ketika ditemui di majlis pengumuman Anugerah MeleTOP ERA (AME 2019) Top 20 di Bukit Jalil.
Video : Instagram Eyra Hazali
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Linda Rafar telah memuat naik satu rakaman video menerusi akaun Instagram miliknya.
Bintang itu berkongsi momen ketika menyambut hari raya aidilfitri bersama keluarga.
Dalam pada itu, anggota kumpulan ini turut meluahkan rasa sedih apabila menyambut Aidilfitri tanpa arwah ibu, ayah serta anaknya, Rezaimen Kiflin Kifli yang telah pergi buat selamanya.
“Sedih bila raya tanpa mak, abah n arwah memen. Nampak mcm linda happy hakikat sebenar hanya allah sahaja yg mengetahui.
Di samping itu, peminat turut menitipkan kata-kata semangat buat Linda supaya terus tabah dan cekal dalam dugaan kehidupan.
Malah ada yang turut sedekahkan bacaan al-Fatihah buat yang telah tiada.
Terdahulu, Ibu Linda telah pulang ke rahmatullah selepas mengalami beberapa komplikasi termasuk jangkitan kuman dalam darah selepas terkena gigitan serangga 11 Januari 2019.
Sebelum itu, anak kedua Linda telah meninggal dunia ketika berusia 12 tahun pada 6 Julai 2014 akibat penyakit kanser perut.
Video: Instagram Linda Rafar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pengarah Azharina Entertainment, Azharina Azhar telah dipilih sebagai salah seorang panelis bagi 1st ASEAN Women’s Conference on Best Practices yang berlangsung di...