Bukan mudah bagi seorang ibu untuk membuat keputusan menggugurkan kandungannya atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Semua sudah sedia maklum bahawa penyanyi yang sering membut persembahan berkaki ayam, Elyana menghidapi penyakit kanser limfoma tahap empat.

Menurut satu sumber, Elyana terpaksa menggugurkan kandungannya yang berusia dua bulan kerana faktor kesihatannya boleh memberi kesan terhadap bayi yang dikandung.

Penyanyi ini mengakui amat sedih kerana terpaksa menggugurkan kandungannya kira-kira dua minggu yang lalu.

IKLAN

“Sudah bertahun-tahun lamanya saya mengimpikan kehadiran anak kecil. Sebelum ini, terlalu sukar untuk saya hamil.

 

“Bagaimanapun, saya harus membuat keputusan yang besar dalam hidup selepas disahkan hamil.

 

“Hati saya terlalu berat mahu menggugurkan kandungan, tetapi jika saya meneruskannya, ia memberi kesan pada bayi nanti,” katanya kepada BH Online.

Sebelum menggugurkan kandungannya, Elyana berkata dia terlebih dahulu berjumpa dengan ustaz untuk mendapatkan nasihat.

Pelantun lagu Niat ini juga berkata dia tidak sedar dirinya sedang hamil sehinggalah dia merasakan kesihatannya terjejas teruk.

IKLAN

“Saya langsung tidak boleh menjamah makanan sampaikan hendak telan roti pun tidak mampu. Bagaimanapun, saya kena makan juga kerana terpaksa menelan 28 biji ubat sehari, setiap empat jam.

 

“Melihat keadaan yang tidak bermaya, saya melakukan pemeriksaan doktor dan disahkan hamil. Begitupun, saya terpaksa menggugurkannya kerana bimbang ubat saya ambil boleh memberikan kesan pada bayi.

 

“Saya takut anak yang dilahirkan tidak cukup sifat,” katanya lagi.

MH harap Elyana tabah dengan segala ujian dan dugaan yang telah diberikan padanya.

IKLAN

Setiap yang berlaku telah disusun atur oleh ALLAH SWT dan pasti ada hikmah atas setiap perkara yang terjadi.

MH juga doakan semoga Elyana diberikan kesihatan yang baik dan pulih seperti sediakala.

Sumber: BH Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI