“Saya Tak Tunjukkan Yang Saya Kelar Diri, Itu Hanyalah Ekspresi Tangan Ketika Menyanyi,” – Aina Abdul Mohon Maaf, Perjelas Konsep Persembahan AJL34

Share

Selepas menerima reaksi pelbagai menerusi persembahannya menerusi lagu Sumpah di Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) pada Ahad, penyanyi Aina Abdul menjelaskan konsep yang digunakan adalah sebagai simbolik kepada kehancuran hati.

Aina menerusi Instagram turut menjelaskan, ialah satu ekspresi seni yang ingin disampaikan menerusi anugerah muzik tahunan itu dan sebagai seorang Muslim, tidak pernah terlintas di fikiran untuk melakukan konsep seperti yang didakwa sesetengah pihak

Sementara itu, Aina ketika ditemui media sejurus malam kemuncak sekali lagi memberikan penjelasan terperinci mengenai konsep persembahan yang dibawakan.

“Mengenai Sumpah Aina Abdul, saya minta maaf terlebih dahulu sekiranya mesej yang cuba disampaikan itu disalah tafsirkan, melampaui batas atau pun keterlaluan mengikut sesetengah orang yang menonton.

“Saya tak boleh halang orang dari bercakap dan saya ingin tegaskan di sini, isu darah itu bukanlah berkait dengan bunuh diri.

“Sebabnya, Sumpah ialah hati wanita atau lelaki yang terluka. Jadi darah adalah sebagai simbolik kepada hati yang terluka. Itulah cara saya untuk tafsirkan melalui darah. Bagi saya, saya ‘gunakan’ darah kerana itu adalah simbolik terbesar untuk saya ketengahkan perasaan terluka. Itu cara, metafora saya,” terangnya jujur.

Malah, penyanyi yang turut sinonim dengan lagu Shadow ini juga turut menjelaskan mengenai dakwaan dirinya ada menikam dada sehingga darah mencurah keluar.

“Itu tabiat yang tidak boleh saya nak ubah. Ia cara saya untuk lontarkan nyayian jika mungkin yang pernah tonton video nyanyian saya pun, banyak bermain-main dengan tangan.

“Darah itu keluar… Ibarat macam kita terluka,” katanya yang turut memberitahu pada akhir sesi rehearsal, elemen darah itu turut dimainkan.

“Kalau darah tu menitis sikit-sikit tak nampak. Jadi, alang-alang kita nak sampaikan satu isu atau pun ‘statment’, kita kena gunakan darah yang lebih banyak,” kongsi Aina apabila timbul pula isu yang membayangkan persembahannya itu seperti melebih-lebih.

Memberikan persembahan sehingga mencetuskan tular, bintang ini punya jawapan sendiri.

“Ia tidak dirancang sebabnya, ketika saya dan team lakukan sesi brainstom, pertama sekali baju tersebut diinspirasikan dari busana yang dipakai oleh Lady Gaga di Met Gala akan tetapi persembahan adalah simbolik saya sendiri.

“Kami fikir apa yang akan diketengahkan untuk persembahan di AJL sebab kalau hanya menyanyi sahaja, rasa seperti tak cukup untuk saya ekspres ‘sakitnya’ saya,” katanya yang menyedari ia mulai diperkata sejurus selesai membuat persembahan.

“Saya tahu selepas selesai buat persembahan. Saya tidak takut tetapi saya harap ia akan menjadi peluang untuk orang lebih mengenali saya lagi sebagai seorang penulis lagu yang menulis mengenai isu yang lebih berat.

“Lagu yang saya keluarkan hampir semua berkaitan dengan mental health dan isu bunuh diri sama sekali tidak. Alhamdulillah saya masih siuman, waras dan tidak akan gunakan isu bunuh diri sedangkan saya sendiri mahu ketengahkan isu mental health, tak akan saya gunakan pentas AJL untuk ajak orang buat sesuatu yang salah,” katanya.

Menjawab persoalan sama ada dirinya ada melakukan kajian terhadap apa yang boleh dan sebaliknya sebelum membuat persembahan sedemikian, Aina menambah sebetulnya ada beberapa idea lain.

“Kita tidak fikirkan apa yang tidak boleh dilakukan dulu, kita fikir apa yang kita boleh buat dan beberapa idea lain ada. Yang paling dekat dengan hati adalah isu ini dan saya tak tunjukkan yang saya kelar diri ke, itu hanyalah ekspresi tangan ketika menyanyi. Saya tak boleh hentikannya.

Aina turut memberikan reaksi apabila ditanya mengenai sama ada persembahan tersebut boleh mempengaruhi individu bermasalah selepas menontonnya.

Terdahulu, pada persembahan yang berlangsung di Axianta Arena, Bukit Jalil, pemilik nama lengkap Nurul Aina Abdul Ghani ini yang mengenakan persalinan serba putih dan tiba-tiba darah mengalir keluar mengundang pelbagai reaksi dikalangan netizen.

Ikuti temubual penuhnya di sini;

Foto: Instagram Aina Abdul

IKLAN