Kerjaya lakonan wanita tinggi lampai, pemilik nama penuh Hanez Suraya Abdul Aziz atau lebih mesra disapa sebagai Hanez mula mengorak langkah apabila diperkenalkan oleh Rosnani Jamil menerusi filem Bicara Hati yang turut dibintangi oleh Fazura dan Sheera Iskandar.

Kemudian, Hanez semakin menempa nama dalam industri seni tanahair apabila membintangi drama Love You Mr Arrogant dan juga telefilem berjudul Bimbo untuk siaran Astro Ria.

Bagaimanapun, setelah kontroversi yang melanda dirinya pada 20 Disember 2013 apabila namanya menjadi bualan hangat kerana dilabel sebagai ‘Perampas’.  Semenjak itu, Hanez Suraya kini jarang kelihatan dikaca televisyen.

“Saya Tak Terfikir Untuk Kembali,” – Hanez Suraya

“Saya Tak Terfikir Untuk Kembali,” – Hanez Suraya Bahagia Dengan Hidupnya Kini

Namun, menerusi temubual bersama salah satu rancangan sensasi di televisyen, Hanez memaklumkan bahawa perkara berkenaan berlaku kerana dia ingin memberi lebih fokus tanggungjawabnya sebagai isteri.

“Nak kata rindu tu, sudah tentulah rindu sebab itu antara minat saya dari dulu.

IKLAN

“Saya kena korbankan bila suami dah tak bagi. Bukan tak bagi, cuma dia takut saya tak boleh bagi komitmen dekat keluarga. Daripada saya nak commit pun susah sebab anak lagi, mereka pun dah sekolah, saya yang kena uruskan mereka.

“Saya tak terfikir untuk kembali,” jelas Hanez.

Kolam Jiwa Perlu Bersih Untuk Gapai Kejayaan!

“Saya Tak Terfikir Untuk Kembali,” – Hanez Suraya Bahagia Dengan Hidupnya Kini

Malah, Hanez mengakui bahawa dia kini telah membuka buku baru dalam naskah kehidupanya dan bahagia memegang tanggungjawab sebagai ibu rumah tangga dan usahawanita, kerana bisnes tudungnya juga kian berkembang.

IKLAN

Menurut Hanez, suaminya, Romie Razin Adilha, menghormati keinginannya untuk menceburi bidang perniagaan sebagai galang ganti pada permintaan lelaki terbabit supaya beliau berhenti berlakon.

Menerusi posting di laman Instagram miliknya, pelakon berusia 38 tahun itu telah menitipkan satu nasihat yang bermanfaat buat peminat.

“Apa-apa yang kita nak buat, pastikan KOLAM JIWA kita kena bersih. Baru kita boleh berjaya!,” tulisnya ringkas.

IKLAN

“Saya Tak Terfikir Untuk Kembali,” – Hanez Suraya Bahagia Dengan Hidupnya Kini

Semoga perkongsian Hanez ini dapat dijadikan panduan hidup kepada semua agar sentiasa berjaya.

Untuk rekod, Hanez mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan Romie Razin pada 25 Mac 2015 dan hasil perkongsian hidup selama sembilan tahun itu, perkahwinan mereka telah diserikan lagi dengan kehadiran empat orang cahaya mata.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Foto : Facebook Hanez SurayaMelodi TV3

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI