“Saya Tak Tahu Apa-Apa,” – Mata Ditutup, Disangka Sekadar Kejutan Hari Jadi. Rupanya Risteena Dilamar Isa Khan Di Depan Laut Bali!

Share

Terkejut dilamar kekasih pada 23 November lalu, pelakon Nur Risteena Munim terharu dan sebak apabila pelakon Isa Khan mahu mengikat tali pertunangan bersama. 

Memilih lokasi Bali, Indonesia, Isa telah menyuarakan isi hatinya kepada Risteena di hadapan lautan Bali dengan menyarungkan cincin ke jari manis wanita berkenaan. 

Pasangan ini ditemui di Bora Ombak, Putrajaya baru-baru ini sempena majlis sambutan hari jadi Risteena. 

Sejujurnya, perkara (lamaran) tu dilakukan pada saat-saat terakir. Saya rasa ia sesuatu yang ‘gila’ kerana saya merasakan ia terlalu pantas, tetapi dalam masa sama, ia merupakan satu memori indah yang pernah saya lakukan seumur hidup saya.

“Sebelum itu, saya ada berjumpa dengan keluarga Ris dan minta restu sebelum berangkat ke Bali. Alhamdulillah, mereka setuju dan izinkan,” kongsi Isa. 

Sementara itu, Risteena,30, merasakan ia bagaikan mimpi kerana dilamar sedemikian.

Malah, kejutan itu turut dihadiri ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Saya tak tahu saya akan dilamar oleh Isa di Bali, ketika kejutan itu dilakukan, mata saya ditutup dan saya sangkakan ia hanya sekadar kejutan untuk hari jadi saya kerana Isa beritahu saya hanya sambut hari jadi di sana dan mahu hilangkan stress sebagai hadiah hari jadi.

Saya memang tak tahu apa-apa langsung. Sepanjang berada di Bali, saya dan kakak Isa bersiar-siar di Bali dan saya tercari-cari juga dimana Isa?

Rupanya-rupanya seharian dia membuat plan untuk memilih lokasi terbaik bagi melamar saya seperti di atas gunung,di pantai; dia sanggup buat apa sahaja semata-mata mahu gembirakan saya,” kata Risteena kepada MH. 

Pasangan ini mula berkenalan berkenalan lima bulan lalu sewaktu membintangi drama Bulan Di Kota Langit yang bersiaran di RTM.

Pada majlis tersebut, Risteena turut meraikan hari jadinya yang dihadiri kira-kira 100 tetamu.

IKLAN