Usahawan Datin Seri Nur Shahida berkongsi perkembangan terkininya yang sudah tiga hari menerima rawatan di hospital.
Ia susulan jangkitan kuman yang dialami, sekaligus menyebabkan isteri kepada Datuk Alif Syukri ini memohon ramai mendoakan yang baik-baik buat dirinya serta bayi yang sedang dikandung.
“Ramai tanya saya dah nak sampai masa bersalin ke? Belum lagi, saya tak sihat dah tiga hari dekat hospital.
“Ada jangkitan kuman. Doakan saya dan baby sihat ya. Tak senang juga duduk sini lama-lama sebab anak-anak di rumah pun tak sihat juga,” tulisnya di Instagram.
Ads
Menerusi hantaran berkenaan, ia memaparkan ibu kepada lima cahaya mata itu sedang terlantar di wad.
Ads
Malah, ramai yang memberikan kata semangat seterusnya mendoakan kesejahteraannya pada ruang komen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Haqiem Rusli mendedahkan isterinya, Anis Sofea, 21, belum lagi hamil sekaligus menepis dakwaan sesetengah netizen.
Haqiem, 26, bagaimanpun meminta agar mendoakan yang baik-baik.
“Belum, masih menunggu rezeki (Anis hamil). Dalam tempoh setahun dia ini, apa yang boleh saya cakap kami masing-masing dalam proses memperbaiki diri.
“Maksudnya, cuba untuk menjalani kehidupan berumah tangga dengan baik. Faham tanggungjawab dan sebagainya, insya-Allah,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Haqiem tidak menolak rezeki sekiranya mereka dikurniakan zuriat selepas mendirikan rumah tangga pada 19 November 2021.
“Apapun, kami tidak menolak kalau ada (rezeki zuriat). Tidaklah merancang, saya dan isteri terima dengan hati terbuka,” katanya kepada MH.
Penyanyi yang bakal muncul dengan jenama persalinan Baju Melayu, Sulam Benang ini berkata demikian pada Siri Jelajah Suria Anggun Cotton Collection, di Kuantan City Mall, pada Sabtu.
Selain Haqiem, antara barisan penyanyi yang turut terlibat dalam siri jelajah berkenaan ialah Floor 88, Amir Masdi, Syamel, Ernie Zakri, Ramlah Ram dan ramai lagi.
Terdahulu, ada peminat sebelum ini mendakwa Anis berbadan dua selepas figuranya yang seolah-olah menampakkkan ‘baby bump’ menjadi tular.
Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri, memberikan reaksi susulan permohonan maaf yang dilakukan oleh wanita yang dikenali sebagai Athirah Yuhada.
Perkara tersebut dijelaskan menerusi akaun Instagram anaknya, hari ini.
“Terima kasih Cik Athirah atas cubaan membuat permohonan maaf secara terbuka berserta cubaan untuk meletakkan kesalahan ini pada orang lain.
“Ada beberapa maklumat yang tidak tepat dan saya terpaksa nafikan.
“Kamu berdua sudah berhubung sehingga 25 Januari 2023, yang mana, hanya beberapa minggu lalu.
“Kenyataan ini berdasarkan bukti-bukti yang ada,” tulisnya.
Ibu kepada dua cahaya mata ini turut menambah, dia cuba mengambil tindakan terbaik demimenjaga keharmonian keluarganya.
“Saya sendiri menjadi saksi dan berhak untuk tunjukkan kepada umum untuk menjaga keluarga saya, tapi, saya rela menyerahkan semuanya kepada peguam untuk menguruskannya secara berhemah.
“Saya nak tegaskan supaya tak menyalahkan Hafidz sahaja sebab kalau bertepuk sebelah tangan, takkan berbunyi.
“Kamu sendiri tahu bagaimana hubungan kamu berlangsung? Katanya, pada sekian-sekian waktu, tapi tiba-tiba… sembilan tahun kena cuba? Wow! Hebatnya kamu dikejari,” tulisnya lagi.
Tambahnya, dia mungkin boleh menerima kemaafan, namun tidak akan melupakan apa yang berlaku.
“Perkara yang kamu buat bukan mudah untuk saya maafkan. Tapi, Allah kata jadilah manusia pemaaf walaupun seberat mana kesalahan.
“Saya mungkin akan maafkan, tapi saya takkan lupakan. Kamu sendiri cakap, kamu bersimpati dengan keadaan mental Hafidz?
“Kamu tak ada empati kepada golongan wanita yang dikhianati dan anak-anak tak berdosa? Takkan selama kamu buat dah bertahun ini, tak ada rasa bersalah sebagai perempuan, kan?” tulisnya.
Shuhada bagaimanapun menyerahkan kepada Allah atas apa yang berlaku.
“Saya takkan panjangkan isu ini. Cukuplah di media sosial. Saya perlukan masa untuk tenangkan anak-anak dan keluarga.
“Semua malu dan terpalit, tapi sekali lagi, terima kasih untuk semua yang kamu sudah lakukan kepada saya dan anak-anak saya.
“Semoga Allah mengadili sebaiknya, Insya-Allah. Jalani hari yang baik, Athira Yuhada,” katanya.
Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Hubungan rapat pelawak dan penyampai radio, Shuib dengan seorang usahawan dan pempengaruh yang dikenali sebagai Watie Hanifiah kini bukan lagi rahsia.
Terbaharu, Shuib juga terbuka berkongsi cerita bahawa dia mempunyai niat untuk ke fasa seterusnya, lebih-lebih lagi selepas ibunya merestui hubungan mereka.
Sementara itu meninjau ke Instagram Watie, dia berkongsi cerita berat badannya kini sudah bertambah sebanyak 10 kilogram.
“From 58 kg to 68kg, nak salahkan siapa sebenarnya ni,” tulis Watie berseloroh di ruangan kapsyen.
Di ruangan komen, ramai mengusik pertambahan itu mungkin disebabkan Watie kini sedang bahagia menyulam cinta bersama bersama si dia.
“Salahkan Shuib.
“Salahkan cinta hati.
“Takpe, tetap cantik.Ni semua salah Shuib.
“Sama hahaha.Salahkan pasangan kita.
“Hati bahagia, takpe naik sikit, tetap cantik macam tu.
“68kg tapi sis tinggi, so still nampak kurus.
“Salah Shuib la ni.Bahagia sangat ni, cepatlah kahwin.Nak tengok Shuib happy-happy macam dulu lagi. Mana tahu dia boleh join Sepahtu semula,” usik sebahagian netizen.
Terdahulu, Shuib berkata dia menyenangi sikap penyayang yang dimiliki Watie, yang disifatkan sama seperti arwah isterinya, Allahyarham Siti Sarah.
“Dia seorang insan yang boleh diharap, penyayang, penyabar serta wanita yang dapat menerima saya seadanya,” kata Shuib.
Shuib dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan hasil perkahwinan dengan Allahyarham Siti Sarah.
Siti Sarah meninggal dunia pada Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...