“Saya Tak Reti Pancing? Nak Pancing Hati Awak Pun Reti,”- Ruhainies

Share

Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah telah berkongsi gambar ketika dia sedang memancing ikan berserta ‘pickupline’ yang kelakar.

Foto berkenaan telah pun dimuat naik bintang Menantu Bilal ini menerusi Instagram.

“Bukan nak tunjuk biceps saja nak bagitau, sapa cakap saya tak reti pancing? Nak pancing hati awak pun saya reti tau. Kihkih”tulisnya.

Lantas, kata-kata yang ditulis oleh pelakon yang berusia 27 tahun itu telah menjadi perhatian peminat.

Rata-rata peminat berasa terhibur dengan ‘pickupline’ Ruhainies.

Alahai bukan main lagi nak pancing hati. Nak pancing hati siapa tu Ruhainies?

Foto : Instagram Ruhainies

IKLAN