Pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming akui teruja melihat industri ‘content creator’ yang kini makin berkembang di Malaysia.
Menurut Khairul Aming atau nama sebenarnya, Khairul Amin Kamarulzaman, dia berharap agar Malaysia dapat melahirkan lebih ramai pembikin konten daripada pelbagai bidang dan tidak tertumpu kepada satu bidang sahaja.
“Memang ramai yang datang berjumpa dan minta nasihat untuk menjadi pembikin konten. Saya sangat seronok sebenarnya kerana industri pembikinan konten di Malaysia semakin berkembang.
“Cuma diharapkan kita boleh menaikkan lagi pembikin-pembikin konten daripada industri lain. Pada saya, konten makanan dah ramai yang buat.
“Mungkin kita boleh naikkan lagi pembikin konten untuk bidang pendidikan dan teknikal. Sebagai contoh, mereka boleh ajar tentang baiki kereta atau basikal.
“Di luar sana, ramai orang yang ada ilmu tapi mereka malu dan segan untuk tampil ke hadapan. Semoga dengan adanya Tiktok Awards Malaysia ini dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai orang untuk turut sama jadi pembikin konten,” katanya kepada MH.
Anak jati Kota Bahru, Kelantan itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Tik Tok Awards Malaysia 2023 yang berlangsung di The Godown Arts Center, Kuala Lumpur pada Selasa.
Ads
Dalam pada itu, Khairul Aming mendedahkan dirinya tidak kisah apabila makin ramai pembikin konten yang membuat konten berkaitan masakan dan mempunyai konsep yang hampir sama dengannya.
“Saya okay sahaja. Masa saya mula-mula jadi pembikin konten, saya pun mencari inspirasi sebab kita tak pernah buat konten.
“Bila kita ambil inspirasi daripada orang, lama-kelamaan kita akan cipta indentiti kita sendiri. Jadi, bila ada content creator yang baru nak mula, janganlah kecam.
“Biarkan mereka biasakan diri buat video. InsyaAllah nanti akan keluar identitinya sendiri. Tak mengapalah kalau konsepnya sama. Saya lagi gembira.
Ads
“Saya langsung tak rasa tergugat kerana rezeki memang dah tertulis untuk masing-masing,” ulasnya lagi.
Sementara itu, Khairul Aming yang memiliki jumlah pengikut seramai 3.7 juta di Instagram mendedahkan dirinya belum bersedia untuk menerima tawaran daripada program tv kerana mahu memberikan sepenuh tumpuan terhadap pembikinan konten di media sosial
“Untuk terlibat dalam program televisyen, mungkin tidak bagi saya. Saya naik daripada bawah melalui platform konten secara online. Jadi, sebolehnya saya tidak mahu lari daripada dunia yang saya ceburi daripada awal.
“Team saya pun tak ramai lagi. Cuma empat orang dan saya nak kekal sebegitu. Tawaran program masakan di tv memang banyak tapi saya terpaksa tolak sebab memang tak cukup masa dan tenaga.
“Nak buat konten masak untuk platform sendiri pun dah jenuh. Ditambah pula nak jaga bisnes lagi. Buat masa sekarang, belum lagi,” akhirinya.
Ads
Terdahulu, Khairul Aming merupakan antara pembikin konten yang tercalon bagi kategori Tik Tok Creator Of The Year di Tik Tok Awards Malaysia 2023.
Khairul Aming bakal bersaing hebat bersama pembikin-pembikin konten lain seperti Boss James, Auntie Purple, Ceddy dan Sallywho.
Tik Tok Award Malaysia 2023 bakal berlangsung pada 27 Ogos ini di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur.
Anugerah yang diadakan buat julung kalinya ini akan dipancarkan secara langsung di saluran TV3 bermula jam 9 malam.
Tiga selebriti terkenal tanah air iaitu Sherry Alhadad, Izzue Islam dan Amelia Henderson telah diberikan tanggungjawab selaku pengacara.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar antara selebriti yang tumpang gembira atas pengiktirafan yang diterima Datuk Seri Siti Nurhaliza yang kini bergelar Biduanita Negara, setelah menerima Anugerah Khas Biduan Negara di Anugerah Seni Negara 2024, malam tadi.
Menitipkan dedikasi, Misha turut menyifatkan kejayaan yang dilakar Siti boleh dijadikan pembakar semangat buat karyawan seni tempatan.
Perkara itu dikongsikan penyanyi yang popular dengan lagu Ku Seru itu menerusi Insta Stories.
“Tahniah Biduanita Negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza! Kejayaan yang memberi inspirasi dan menjadi penghormatan buat semua insan seni di Malaysia,” tulisnya.
Semalam, acara yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya itu juga sekaligus menyaksikan Siti, 43, secara rasminya dianugerahkan gelaran Biduanita Negara yang ketiga dalam sejarah industri hiburan tempatan.
Anugerah tersebut disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar.
Penyanyi wanita pertama Malaysia yang memegang gelaran Biduanita Negara ialah Allahyarhamah Puan Sri Saloma pada tahun 1978.
Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini pula menerima penghormatan selaku Biduanita Negara kedua pada tahun 2006, sementara gelaran Biduan pula pernah dianugerahkan kepada Allahyarham Tan Sri SM Salim pada tahun 2013.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi terkenal yang pernah menyertai Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), Adibah Noor dikhabarkan telah menghembuskan nafas terakhir lewat petang tadi.
Berita duka dan mengejutkan itu dikongsikan rakan artis, Datin Emylia Rosnaida yang juga isteri kepada Datuk AC Mizal menerusi Instagram miliknya, sebentar tadi.
Sementara itu, memetik Boom!, rakan seperjuangannya di GV8, Ani Maiyuni ketika dihubungi menjelaskan, arwah yang berusia 52 tahun itu difahamkan telah lama menderita penyakit kanser.
“Ani memang terkejut mendengar berita ini. Tetapi sebelum ini arwah ada maklumkan bahawa beliau dah lama menderita kanser.
“Hanya kami keluarga GV-8 saja diberitahu akan hal ini dan minta dirahsiakan,” ujarnya.
Berita selanjutnya menyusul.
Minggu lalu, nama Allahyarhamah meraih perhatian apabila foto terbarunya tular dengan penampilan fizikal yang agak susut.
Bagaimanapun, menerusi temu bual, Adibah dipetik memberitahu perubahan ketara berkenaan adalah disebabkan amalan pemakanannya, iaitu dengan memilih diet yang lebih sihat sejak Ramadan lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon yang juga suami kepada Yana Samsudin, Fadzil Zahari mendakwa pereka fesyen Zery Zamry sudah lima tahun berhutang dengannya.
Bagaimanapun, perkara tersebut didakwa masih tidak diselesaikan sehingga kini.
Perkara tersebut dimaklumkan Fadzil menerusi satu posting di Instagram miliknya beberapa hari lalu.
“Selamat ulang tahun ke 5 hutang Zery Zamry, moga dalam keadaan sihat walafiat hendaknya…agar dapat mengumpul hutang keliling pinggang dengan lebih efisyen tahun ni.
“Plan cuti mana tahun ni? Bali ke Mabul? #Hutang5TahunTanpaFaedah.
“Tag rakan anda yang masa nak minta pinjam duit nangis nangis, dah dapat duit hilang taktau pi mana.
“DM abang utk Post Review Kutip Hutang, slot terbuka sekarang!!!,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Pelakon, Mustaqim Bahadon akui dirinya kini bahagia apabila dapat membesarkan seekor kucing yang sebelum ini pernah dibakar dan menjadi mangsa kekejaman manusia.