Peserta program Big Stage, Tajul tidak menyimpan apa-apa perasaan apabila menerima kritikan daripada salah seorang juri tetapnya, Faizal Tahir sejurus selesai mendendangkan lagu Rahsia Kita, duet bersama Wany Hasrita.

Kata Faizal, penyanyi berkenaan dilihat seperti kurang memberikan kesungguhan dalam membuat persembahan, meski saingan sudah pun memasuki minggu ketiga.

Katanya kepada MH, dia sedar dalam ramai yang suka pasti akan ada yang membuat persepsi bahawa dirinya dilihat seperti tidak bersungguh-sungguh dalam pertandingan tersebut.

IKLAN

Bagaimanapun, penyanyi muda ini mengakui ramai juga yang tidak tahu akan kesungguhan yang dilakukan demi memberikan yang terbaik menerusi pertandingan tersebut.

“Saya Tak Rasa Sentap,” – Reaksi Tajul Bila Terima Komen Pedas Faizal Tahir Di Big Stage

IKLAN

“Mungkin orang tak tahu, tak nampak kesungguhan kita untuk buat yang terbaik. Memang sudah tiga minggu persaingan dalam Big Stage tetapi, kami sebagai peserta memang tertekan setiap kali fikir konsep persembahan.

“Fikir juga apa yang dikehendaki juri, apa yang terbaik untuk semua supaya tidak memalukan diri,” katanya jujur.

Ditanya sama ada dia terasa hati dengan apa yang diperkatakan juri terhadap persembahannya pada saingan minggu ketiga, penyanyi yang juga merupakan adik kepada Allahyarham Achik (Spin) ini memberitahu, dia sedia sedar kritikan merupakan suatu yang lazim dalam pertandingan.

IKLAN

“Saya tak rasa sentap atau apa. Itu adat dalam pertandingan. Walaupun saya baru setahun jagung dalam industri, tetapi dah macam-macam yang saya hadapi. Setakat komen yang diberikan juri saya tidak ambil hati. Malah, saya terimanya dengan hati terbuka. Itu pendapat juri yang perlu saya hormati.

“Pastinya juga saya akan cuba untuk perbaiki setiap kelemahan yang ada,” jelas Tajul. 

Foto: Instagram Tajul/Faizal Tahir

https://www.youtube.com/watch?v=fkS8BoLGpG8

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI