Pelakon lelaki hebat yang sering digelar ‘Hero Malaya’, Datuk Rosyam Nor memang tidak dapat disangkal lagi bakatnya di dalam bidang lakonan.

Rosyam merupakan salah seorang pelakon utama bagi filem yang bakal ditayangkan di pawagam minggu hadapan, KL Special Force.

Pelakon telah menceritakan pengalamannya bekerja bersama pengarah muda, Syafiq Yusof yang merupakan pengarah untuk filem ini.

‘Saya Tak Nak Terjun Tingkat 7 Tapi Syafiq Suruh Juga’ – Rosyam Nor

IKLAN

Menurut Rosyam, Syafiq merupakan pengarah yang degil dan cerewet malah pelakon ini juga berkata, Syafiq lebih cerewet daripada abangnya sendiri, Syamsul Yusof.

Katanya terdapat satu babak di dalam filem ini yang memerlukan dirinya untuk terjun dari bangunan daripada tingkat tujuh.

IKLAN

“Saya diminta untuk terjun dari tingkat tujuh dan pada mulanya saya berkata kepada penolong pengarah untuk memberitahu yang saya tidak mahu melakukan aksi tersebut.

“Tapi Syafiq tetap berdegil mahukan saya melakukan aksi itu,” katanya semasa majlis Malam Gala KL Special Force malam tadi.

‘Saya Tak Nak Terjun Tingkat 7 Tapi Syafiq Suruh Juga’ – Rosyam Nor

IKLAN

Rosyam yang pada mulanya gusar dengan kemahuan Syafiq kerana aksi tersebut baginya agak berbahaya namun sebagai seorang pelakon profesional dia turutkan juga keinginan pengarah muda itu.

“Saya buat aksi tu sebanyak lapan kali take, baca saja apa yang patut masa nak terjun,” katanya.

Hero Malaya ini juga turut memuji Syafiq kerana kedegilannya itu membuatkan filem ini berjaya.

“Saya salute dengan kedegilan Syafiq,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Rosyam berkata dia sangat beruntung diusianya yang sudah mencecah 51 tahun ini, dia masih diberikan peluang untuk menjadi salah seorang daripada barisan pelakon filem aksi ini.

“Bila saya ditawarkan filem ini, saya rasa saya seorang yang sangat beruntung kerana disusia 51 mampu mendapat filem aksi sebegini.

“Saya tak hebat tapi pengarah dan krew yang buat saya jadi hebat,” katanya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI