“Saya Tak Nak Tahu Baby Girl Or Boy,”- Saharul Ridzwan Tak Kisah Jantina Bayi, Asalkan Isteri Selamat Bersalin

Share

Menanti detik kelahiran anak kedua tidak lama lagi, pelakon Saharul Ridzwan tidak kisah akan jantina bayinya itu.

Tambah pelakon drama Camelia itu, dia berharap agar proses bersalin isterinya, Qaabila Deena Emir dipermudahkan dan anaknya berada dalam keadaan sihat, selamat dan cukup sifat.

“Boy ke Girl? 3 bulan je lagi! Ramai betul yang tanya. Sebenarnya sy memang ckp dekat doctor, sy tak nak tahu baby girl atau boy sampai lah Deena selamat bersalin nanti.

“InShaaAllah, tak kisah pun boy atau girl. Semuanya rezeki, asalkan mummy dengan baby sihat selamat dan cukup sifat Allah kurniakan. Amin Ya Rabb.

“Korang rasa boy ke girl? Agak2 ikut muka siapa. Eheheh. Doakanlah kami. Amin Amin Amin,” tulisnya.

Sementara itu, diruangan komen, rata-rata mulai meneka jantina kandungan dan mendoakan agar semuanya dipermudahkan kelak.

Untuk rekod,  Saharul berkahwin dengan Qaabila Deena Emir pada 16 September 2016.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan Muhammad Luth Ali, 3 tahun.

Foto : Instagram Saharul Ridzwan

IKLAN