Penyanyi senior, Datuk Awie mendedahkan tahap kesihatannya kini telah pun beransur pulih dan dia juga dinasihatkan untuk tidak terlalu memikirkan mengenai penyakit misteri yang pernah dialaminya sebelum ini.
Jelas Datuk Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, selepas menjalani beberapa siri rawatan, dia sebolehnya mahu melawan penyakit tersebut dengan cara yang lebih berhemah dengan mendekatkan dirinya dengan agama.
“Alhamdulillah, keadaan saya baik-baik sahaja. Selepas banyak kali berubat, saya dinasihatkan untuk lupakan perkara yang menghantui saya.
“Setakat ini saya okay sahaja. Hari demi hari saya cuba bertahan tapi ada kalanya, ada juga yang datang mengganggu.
“Baru-baru ini saya juga ada rasa seperti diganggu tapi saya lawan secara berhemah dan seperti orang yang beriman.
“Kalau kita lawan dengan cara ‘bodoh’, saya akan jadi sebodoh orang itu juga. Saya tak nak jadi bodoh macam dia. Cukuplah…,” katanya kepada MH.
Ads
Katanya lagi, pada ketika ini, dia hanya mahu memberikan sepenuh tumpuan terhadap keluarga serta kerjayanya sebagai seorang anak seni.
“Sekarang ini, saya cuma fikirkan untuk besarkan anak saya yang baru lahir. Saya mahu ada satu keluarga yang bahagia.
“Saya juga hanya nak kerja untuk masa depan yang lebih baik dan menghiburkan mereka yang menyokong saya,” jelasnya lagi.
Ads
Dalam perkembangan lain, Datu Awie mendedahkan dia kini berhasrat untuk menubuhkan ‘School Of Rock’ bagi mencari pelapis dan bakat-bakat baru yang mampu meneruskan legasi band-band rock tanah air seperti Wings dan Search.
“Sekarang pula saya sedang merancang untuk mengembalikan muzik-muzik lama seperti zaman dulu. Saya ingin tubuhkan ‘School Of Rock’.
“Di sana saya akan melahirkan bakat-bakat baru dan gilap kebolehan mereka supaya mereka boleh dapat apa yang kami pernah kecapi
Ads
“Ilmu-ilmu seperti ini tak semua orang ada, jadi saya nak curahkan segala ilmu untuk melahirkan seorang penyanyi atau band terbaik atau dalam erti kata lain ‘The Best Malaysian Rock Band’.
“Ketika ini segalanya masih lagi di dalam proses kertas kerja,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Awie bakal muncul dalam episod terbaru Media Hiburan Throwback yang akan bersiaran pada jam 9 malam ini di saluran Astro Prima dan Prima HD.
Program yang dihoskan pengacara, Radin Era itu akan menyingkap segala kisah pahit manis Awie sepanjang bergelar anak seni.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Meski rumah tangga yang dibina telah berakhir, Zarina Anjoulie mendedahkan bekas suaminya, Eilyas Azhar didakwa masih belum memulangkan telefon bimbit kepunyaannya.
Perkara tersebut dikongsikan Anjou menerusi Instagram.
“Kata tak hadap tapi berapa lama aku kena tunggu nak dapat phone aku balik ni…siapa yang tak boleh move on dari aku sebab tak boleh lepas kan barang barang aku….??
“Pergilah cari sugar mommy baru bro i want my stuff back…kata tak hadap?? Hmm,” tulisnya.
Terdahulu, Zarina mendirikan rumah tangga bersama Eilyas pada 17 Julai yang lalu dengan sekai lafaz.
Bagaimanapun, Zarina memaklumkan telah berpisah dengan Eilyas pada penghujung Januari lalu.
Pasangan ini telah kembali rujuk pada 2 Mac lalu namun Zarina memberitahu telah bercerai sekali lagi pada 3 Mei lalu.
Foto: Instagram Zarina Anjoulie
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyampai radio, Riena Diana menerima banyak ucapan tahniah pengikut di laman sosial apabila memuat naik gambar memakai baju hitam bersama seorang lelaki, semalam.
Sambil menulis ucapan tahniah, bintang Kampung People itu yang ayu mengenakan persalinan serba hitam di hadapan sebuah pejabat agama, mencetuskan tanda tanya ramai.
Dia bagaimanapun tampil mendedahkan, lelaki berkenaan ialah bapanya yang baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihan.
“Sebenarnya bukan saya yang berkahwin, tetapi bapa saya. Tidak sangka pula ramai yang mengirimkan ucapan tahniah gara-gara kapsyen yang dimuat naik di Insta Stories.
“Maaf andai kata perkongsian saya ini menimbulkan salah faham. Sebagai anak, semestinya saya gembira apabila ayah saya membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga,” katanya.
Riena pada masa sama menambah, majlis pernikahan bapanya berlangsung secara ringkas bagi melaksanakan yang wajib terlebih dahulu.
Sementara mengenai hari bahagianya pula, Riena menjelaskan, sekiranya dia mempunyai perancangan untuk berkahwin, dia pasti berkongsi hal gembira kepada semua.
“Buat masa ini saya belum mempunyai perancangan untuk berkahwin. Kalau boleh, saya ingin bekerja dulu membantu keluarga sebelum menukar status menjadi isteri orang.
“Apa yang pasti, jika sudah ada tarikh dan sebagainya, semestinya saya akan berkongsi berita baik itu,” katanya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan kosmetik, Nur Sajat hari ini ada menitipkan dedikasi bersempena dengan ulang tahun kelahiran dua anak angkatnya, Syahmi dan Syaza yang keenam.
Sambil mengenang memori indah bersama, penyanyi lagu Makhluk Penggoda itu bagaimanapun mengakui kali ini perkara itu tidak berlaku seperti mana sebelumnya.
“Hari ini,hari jadi anak anak ummi yang ke 6 tahun .. setiap kali hari jadi anak anak ummi.. ummi, mama, auntie @mokkay_ paling excited untuk buat persediaan hari jadi syaza dan syahmi.
“Macam-macam ummi plan.. nak bagi anak anak ummi bahagia, dari ummi tak pandai buat donut coklat, atas permintaan anak2, gigih ummi tengok youtube, belajar sendiri.. akhirnya menjadi jugak.
“Itu lah kenangan sambutan hari jadi tahun Lepas… tetapi kali ini, tahun ini… semuanya kita tak bersama sayang. Kenangan tahun Lepas, Kenangan kita berkumpul bersama. Tahun ini kita tak dapat bersama.
“Sedih ummi, ummi rindu anak anak ummi, nak peluk, nak cium..Kenapa semua ini terjadi,” tulis Sajat.
Perkongsian tersebut dibuat Sajat menerusi satu posting di Instagram, menerusi pautan beberapa foto kenangan mereka sekeluarga.
“Selamat hari jadi anak-anak ku, ummi harap kita dapat berjumpa kembali, bersatu kembali, maafkan ummi jika ummi tak sempurna, 14/05/2021,” tulisnya lagi.
Foto: Instagram Sajat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Korie tetap berpuas hati dengan usaha dan prestasinya sepanjang menyertai program Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12), meskipun namanya diumumkan sebagai peserta tersingkir, malam tadi.