Nur Fazura mengakui dia tidak mahu melayan terhadap sebarang provokasi bersifat peribadi kerana baginya, adalah lebih baik untuk memberi fokus kepada diri-sendiri.

Malah, jelas Fazura kepada MH, jika ada sekali pun, seperti mana yang didakwa netizen hingga menjadi tular di media sosial baru-baru ini, dia tidak terkesan dan cuba positif.

“Takpelah…Saya pun tak nak cakap pasal orang. kalau orang nak cakap pasal saya, terpulang. Itu bukan urusan saya kerana saya hanya mahu fokus kepada diri saya saja. Kalau orang lain nak fokus pada saya, itu terpulang. saya memang tak tahu niat orang. Jadi tk boleh cakap lebih-lebih,” terangnya jujur.

Ditanya sama ada adakah dia tahu akan wujudnya isu viral yang diperkatakan sebelum ini, pemegang trofi Pelakon Filem Wanita Popular ABP 2016 itu menambah, ada yang bercakap-cakap mengenai hal tersebut kepadanya.

IKLAN

“Saya Pun Tak Nak Cakap Pasal Orang. Kalau Orang Nak Cakap Pasal Saya…Terpulang,”Reaksi Fazura Berkenaan Isu Viral Baru-Baru Ini

“Adalah yang bercakap-cakap, membisikkan. Saya tak nak komen lebih-lebih sebenarnya. Its okay,” katanya ringkas sejurus showcase One Music Live Session Fazura di Clarke Ballroom, Le Meridien, Kuala Lumpur.

Persembahan istimewa tersebut dibawa OneMusic, iaitu sebuah aplikasi yang membolehkan peminat mendengar lagu melalui kaedah streming.

IKLAN

Sementara itu, mengulas mengenai jenama produk bulu mata palsu, #befaz yang dikatakan mempunyai nama hampir sama dengan produk lain yang dilancarkan sebelum ini, permaisuri hati aktor Fattah Amin itu tidak melihat perkara itu sebagai isu besar.

“Saya Pun Tak Nak Cakap Pasal Orang. Kalau Orang Nak Cakap Pasal Saya…Terpulang,”Reaksi Fazura Berkenaan Isu Viral Baru-Baru Ini

IKLAN

“Tidak mengapa, tapi jujurnya kami tahu yang kita sudah mula mengusahakan produk ini sejak 2017. kami pun dah lakukan banyak shooting untuk video. Cumanya ia ambil masa untuk melancarkannya dengan mencari lokasi sesuai, misalnya pada showcase ini.

 

“Kalau ada orang lain yang nak gunakan jenama itu pun, its okay…kerana saya sedar yang saya juga boleh menjadi sumber inspirasi buat orang lain. Its nothing bad,” luah pelakon Pisau Cukur ini lagi.

Terdahulu, menerusi showcase yang dibawa khas aOne Music itu, Fazura sempat menghiburkan 400 peminat terpilih dengan mendendangkan lapan lagu termasuk sebuah lagu duet bersama suaminya.

Foto: Instagram Fazura

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI