Selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa berharap agar semua pihak dapat memberikannya ruang untuk menyelesai isu berbangkit berhubung dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) sewaktu majlis pernikahannya serta urusan kerjanya sewaktu di Langkawi baru-baru ini.
Jelas Neelofa, dia sebolehnya mahu menyelesaikan isu ini secara profesional bersama pihak berwajib.
“Saya hormati dengan tugasan para pihak media. Saya tahu semua orang mahu tanya soalan yang sama.
“Tapi saya juga ingin meminta kepada semua pihak media yang saya pun dah kenal lama untuk memberikan saya ruang supaya saya boleh selesaikan hal ini secara professional bersama pihak berkenaan.
“Saya tidak mahu ulas panjang-panjang kerana ia akan memudaratkan lagi keadaan dan berilah saya ruang untuk selesaikan isu ini dengan pihak terlibat,” katanya kepada MH.
Bekas pengacara Meletop ini berkata sedemikan sewaktu ditemui di majlis sidang media Memorandum Persefahaman (MOU) di antara jenama selipar popular, Fipper bersama aplikasi, The Noor yang berlangsung di Hotel Marriot, Putrajaya pada Isnin.
Ads
Katanya lagi, dia enggan mengulas perkara tersebut dengan lebih lanjut kerana bimbang ia akan mengeruhkan lagi keadaan.
“Saya nak selesaikan isu ini dengan tenang tanpa tekanan daripada mana-mana pihak yang tidak berkaitan.
“Biar saya selesaikan dengan cara saya sendiri. Saya tak perlu nak jelas secara terperinci kepada orang di luar sana. Biar saya selesaikan dengan pihak berkenaan sahaja,” katanya lagi.
Ads
Ditanya mengenai lawatan kerjanya sewaktu di Langkawi, Neelofa menjelaskan urusan tersebut sebenarnya telah pun dirancang lebih awal.
“Berkaitan dengan urusan kerja saya, saya ada perancangan yang telah pun dibuat dalam masa sebulan atau lebih.
Ads
“Bukannya saya buat semuanya on the spot,” katanya lagi.
Terdahulu menerusi laporan Mstar pada Ahad, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata pihak polis akan memanggil Neelofa dan suami, PU Riz berdasarkan video dan foto yang dikongsikan di media sosial pasangan itu didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP).
“Apabila keluar sahaja gambar-gambar tersebut, maknanya kehadiran beliau (Neelofa) bersama suaminya itu melanggar SOP yang ditetapkan dan kita akan ambil tindakan.
“Jadi, dalam kes sebegini, wajarnya SOP polis adalah buka kertas siasatan yang mana dia (Neelofa) akan dipanggil untuk dirakamkan kenyataan termasuk berhubung gambar dan video yang viral, ” katanya.
Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 32, difahamkan terbang ke Langkawi atas urusan kerja membabitkan pembukaan cawangan francais minuman terkenal. Turut sama ialah suaminya, Haris Ismail, 26.
Neelofa dan Haris atau lebih dikenali sebagai PU Riz diijabkabul pada 27 Mac lalu di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Anak perempuan kepada penyanyi terkenal Kris Dayanti, Aurel Hermansyah telah sah bergelar isteri kepada bintang YouTuber terkenal Indonesia, Atta Halilintar pada Sabtu.
Menariknya, Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi juga difahamkan turut menjadi salah seorang saksi pernikahan pasangan ini selain Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto.
Lantas, majlis pernikahan Aurel dan Atta telah mendapat perhatian daripada wargamaya serantau.
Rata-rata peminat di media sosial, khasnya Twitter memberi komen positif terhadap majlis pernikahan pasangan ini yang dilihat sebaiknya cuba mematuhi peraturan SOP seperti yang telah ditetapkan dengan memakai pelitup sebagai antara usaha memutuskan wabak Covid-19.
“Ni video. Semua tak tanggalkan face mask..walaupun pengantin.padahal majlis tu presiden jadi saksi.kalau kat malaysia sop dah kelaut andaman dah ni.
“Memang respek lah artis dan pemimpin indonesia..video termute lupa nak unmute..hahaha,” tulisnya pengguna Twitter tersebut
Dilampir beberapa gambar momen majlis perkahwinan anak kris dayanti dan atta halilintar..siap bapak presiden hadir yer..semua step dilalui tanpa buka face mask.pengantin siap face shield lagi..respek betul dengan artis dan pemimpin macam ni.. tahniah indonesia pic.twitter.com/VDq1JVyPNN
Bagai menepati ramalan, kumpulan HEART telah dinobatkan sebagai juara Muzikal Lawak Superstar (MLS) musim ke-2 selepas saingan minggu terakhir yang berlangsung di Putrajaya International Convention Center, di sini, malam tadi.
Gandingan antara Danial Lawak Solo, Ezad Lazim dan Azmi Caliph Buskers itu telah membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM150,000 dan trofi.
Trio tersebut menewaskan tiga lagi kumpulan lain dalam persembahan sebanyak dua pusingan yang bertemakan negara Asia dan bebas.
Dalam pada itu, kumpulan U.N.I telah muncul sebagai naib juara seterusnya meraih hadiah wang tunai RM75,000 berserta trofi.
Tempat ketiga pula dimenangi oleh kumpulan Viral yang meraih wang tunai sebanyak RM50,000 serta trofi
Ditempatkan keempat pula jatuh kepada kumpulan Janggo yang menerima wang tunai berjumlah RM25,000 dan juga sebuah trofi.
Dalam pada itu, pelawak dan penyampai radio, Danial Lawak Solo telah pun diangkat sebagai pemenang trofi bagi anugerah Superstar Musim Ini.
Selepas dinobatkan sebagai juara, kumpulan turut berbesar hati memberikan sumbangan berbentuk wang tunai berjumlah RM10,000 buat badan kebajikan, Pusat Jagaan Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Al Fattah yang terletak di Semenyih, Selangor.
Para peserta pada tahun ini diadili oleh juri tetap, Datuk Awie, Zul Ariffin, dan Nur Fazira dengan pemarkahan sebanyak 50 peratus dan 50 peratus lagi daripada undian penonton.
Muzikal Lawak Superstar musim ke-2 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad serta Elly Mazlein turut digamatkan dengan persembahan istimewa daripada barisan artis popular tanah air seperti Dato’ M. Nasir, Azlan (The Typewriter), Akim & The Majistret dan Bunkface.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Sheera Iskandar ada memuat naik beberapa keping foto ‘direct message’ yang diterimanya daripada seorang jejaka menerusi media sosial Instagram.
Bintang berusia 36 tahun ini dilihat sedang berkongsi detik awal perkenalan bersama dengan jejaka tersebut yang berlaku sekitar dua tahun lalu.
“How it all started. Dikejarnya kita semata mata nak beritahu yang dia ada DMed kita di IG. Kita ni dah lah memang jarang sekali check DM.
“Betul lah jodoh pertemuan ni rahsia tuhan. Tak di sangka sangka jodohku ada di Labuan. Eh rhyme pulak ),” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa gembira apabila melihat pelakon drama bersiri Gerak Khas The Finale ini sedang bahagia seperti sedang dilamun cinta.
Pada masa yang sama, peminat juga mendoakan agar segala urusan Sheera dipermudahkan.
Sebelum ini, Sheera atau nama lengkapnya Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar pernah mendirikan rumah tangga bersama Abdullah Harun pada Ogos 2015 namun telah berpisah pada hujung tahun 2018.
Foto: Instagram Sheera Iskandar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...