Penyanyi Black Hanifah, yang juga duta Kedah Darul Aman (KDA) FC, optimis pasukan itu akan dapat terus bersaing dalam Liga Super musim hadapan.
Meskipun terdapat khabar angin mengenai kemungkinan pembubaran kelab, Black bagaimanapun menegaskan, segala keputusan masih dalam perbincangan dan tiada pengumuman rasmi dibuat.
“KDA belum dibubarkan lagi. Saya ada menerima maklumat yang segalanya masih di dalam perbincangan.
“Belum ada sebarang kenyataan yang mengesahkan KDA akan bubar,” katanya ketika ditemui di majlis berbuka puasa Nova Music, 17 Eleven, dan Future Music Entertainment di Glam Hall, Damansara Perdana.
Sedia Bantu KDA FC Bangkit Semula
Sebagai duta, Black memikul tanggungjawab untuk mempromosikan kelab serta menarik lebih ramai penyokong ke stadium.
Ads
Mengulas tentang keputusannya untuk bekerjasama dengan KDA FC, Black menjelaskan niatnya adalah untuk membantu, bukan sekadar menumpang kejayaan.
“Saya tidak mahu menerima tawaran ini ketika Kedah berada di atas sebab saya ingin membantu Kedah dikala mereka di dalam keadaan yang bermasalah.
“Kalau saya terima tawaran ketika mereka sukses, orang akan kata saya ingin menumpang populariti Kedah.
“Jadi, saya mahu bersama dengan Kedah untuk naik semula. Kita tunjukkan kepada orang di luar sana yang kita boleh bangkit,” ujarnya.
Ads
Sebagai anak jati Kedah, Black juga turut berasa terpanggil untuk menyumbang kepada negeri kelahirannya.
“Kampung saya di Kupang, Baling, Kedah. Saya memang punyai darah Kedah. Memang patut saya kembali dan berbakti buat Kedah terutamanya dalam kancah bola sepak,” katanya lagi.
Tolak Dakwaan
Black pada masa sama turut menafikan dakwaan bahawa penglibatannya dengan KDA FC berkaitan dengan sebarang agenda politik.
Ads
Menurutnya, dia hanya mahu menggunakan pengaruh sebagai selebriti untuk membantu kelab mendapatkan sokongan yang lebih besar.
“Tidaklah. Saya hanya gunakan pengaruh saya sebagai selebriti. Sebelum ini, kita menyasarkan untuk mempromosikan penjualan kad keahlian The Wing dalam kalangan penyokong sebanyak 20,000.
“Tak sampai dua minggu, kita sudah capai sasaran tersebut. Satu penyertaan bernilai RM10. Kini, kita sasarkan lebih ramai penyertaan daripada peminat Kedah,” akhirinya.
Dalam perkembangan lain, Black baru sahaja melancarkan lagu raya terbaharu yang berjudul Syawal Rindu yang juga duet bersama penyanyi terkenal, Adira Suhaimi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Shaza Bae berkongsi detik cemas selepas kereta yang dipandu oleh pembantu peribadinya l terlibat di dalam kemalangan jalan raya malam tadi.
Menurut Shaza atau nama sebenarnya Shaza Nuriman Mohamad Zamri, kereta yang dipandu pembantu peribadinya itu dikatakan telah berlanggar dengan kereta Perodua Axia yang sebelum itu berpusing kerana dirempuh sebuah kereta jenis Ford Ranger.
“Kejadian semalam selepas pulang daripada penggambaran jam 9.59 malam di Bandar Baru Bangi. Sebuah kereta Ford dipandu sangat laju dan telah melanggar sebuah kereta Axia di hadapan kami.
“Kereta Axia itu berpusing dan telah melanggar kereta pembantu peribadi saya dan turut menyebabkan beberapa kemalangan. Empat buah kereta telah terlibat di dalam kemalangan ini.
“Kereta Axia tersebut dipandu oleh seorang wanita hamil. Kami juga belum tahu status terkininya,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh juara Dewi Remaja 2019 itu menerusi hantaran di Instagram.
Pada masa sama, Shaza mendakwa pemandu kereta Ford Ranger itu dikatakan memandu di bawah pengaruh alkohol.
“Pemandu kereta Ford tersebut rupa-rupanya dalam keadaan mabuk. Saya mungkin boleh mati semalam tapi Allah maha Pelindung.
“Moral daripada kisah ini, janganlah memandu jika anda dalam keadaan mabuk. Bertanggungjawablah ketika ingin memandu. Jangan ragut nyawa insan tidak bersalah,” ujarnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis meluahkan rasa risau selain turut berharap agar Shaza dan pembantunya berada dalam keadaan baik.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penampilan terkini usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman menjadi perhatian apabila ahli perniagaan berkenaan kerap dilihat mengenakan cincin bersaiz besar hingga mengundang pelbagai reaksi.
Menjawab persoalan tersebut, usahawan berusia 50 tahun itu menerusi Kosmo! menjelaskan, cincin tersebut ialah rekaannya sendiri.
“Mana ada brooch (kerongsang)! Itu cincin rekaan saya. Saya seorang sahaja yang pakai kat Malaysia,” katanya mengenai cincin yang dipakainya dalam muat naik sebuah video TikTok baru-baru ini.
Vida menambah, dia tidak akan tergamak memakai kerongsang di jari semata-mata ingin tular dalam media sosial.
“Kalau brooch, mahu koyak baju. Itu cincin rekaan dari kedai saya, Telaga Emas. Saya seorang sahaja yang pakai cincin macam ni kat Malaysia.
“Orang lain tak pakai. Suka hati sayalah nak pakai cincin emas besar-besar,” katanya.
Sementara itu menerusi satu perkongsian di Instagram, penyanyi lagu I Am Me itu menjelaskan dia merupakan seorang peniaga emas dan tidak salah untuk mengenakannya jika berkemampuan.
“KALAU MAMPU, TAKKAN NAK PAKAI YANG KECIK KECIK KAN. Lagipun SAYA NIAGA EMAS. PASNI PESENG PIRING ASTRO SY NAK PAKAI,” tulisnya.
Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian ramai dan pengguna Instagram masing-masing meninggalkan komen pelbagai.
Terdahulu, Vida sebelum ini memuat naik sebuah video TikTok tentang dirinya yang masih solo ambil mempamerkan barang kemasnya, termasuk sebentuk cincin besaiz dempak.
Malah cincin Vida menerusi sebuah video ketika memberi pandangan mengenai persembahan anaknya, Cik B di program Muzikal Lawak Superstar turut menjadi tumpuan.
Perkongsian beberapa hantaran di Instagram Stories oleh ibu kepada pelakon popular Anna Jobling, Ariz Arop mengejutkan ramai.
Di dalam hantaran tersebut, Ariz mendakwa anaknya sendiri telah memfailkan perintah injunksi terhadapnya.
Ariz turut meluahkan rasa, namun menegaskan dia tidak akan gentar berdepan sebarang kemungkinan, termasuk dipenjara, sambil menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.
“Lelah seorang insan yang bernama ibu. Panggillah seramai peguam yang awak (Anna) nak, bagilah banyak mana injuksi yang awak mahu.
“Letaklah banyak mana gari awak nak letak, saya tak gentar. Saya sudah lalui berbagai onak duri, bergadai nyawa nak besarkan awak.
“Kalau ini balasan awak, tak apa. Kalau saya kena masuk penjara pun, saya reda saja. Allah SWT ada, Allah Maha Adil,” luahnya.
Tangan Bengkak & Tangisan
Menerusi hantaran sama, ibu kepada pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu turut memuat naik gambar tangannya yang kelihatan bengkak selepas mengetuk cermin pintu kereta, dipercayai akibat dikunci dari dalam.
“Tangan bengkak sebab tumbuk cermin kereta, dikunci dalam kereta.
“Saya jadi panic, anxtiey attack, tiada pilihan. Allah ada, Allah tak tidur,” jelasnya lagi.
Ariz pada masa sama turut berkongsi detik dirinya yang kelihatan menangis ketika berada di balai polis.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Nora Danish mengakui dirinya turut terkesan dengan nasib menimpa pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir yang meninggal dunia selepas didakwa terjatuh dari bangunan di kawasan sekolah.