Pengacara dan penyampai radio, Haziq Hussni mengambil pendekatan untuk tidak mencampuri isu hangat membabitkan luahan rakan artis, Elly Mazlein yang dikongsikan menerusi Instagram Stories (IGs), minggu lalu.
Menurut Haziq, meskipun namanya turut terpalit disebabkan sedutan klip bersama Jihan Muse yang dikongsikan Elly di IGs, namun, dia merasakan dia bukan individu sesuai untuk memberikan kenyataan untuk pihak lain.
“Insiden itu berlaku ketika program The Choosen One. Apa yang berlaku, saya tidak mahu campur. Kedua-dua mereka ialah kakak saya.
“Namun, saya tak boleh nak jelaskan lebih lanjut kerana bukan saya yang keluarkan kenyataan tersebut.
“Saya tak berani nak bagi kenyataan bagi pihak mereka,” katanya kepada MH.
Penyampai radio Era itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media program terbaharu, Borak SeeNi di Astro, Bukit Jalil pada Selasa.
Pada masa sama, Haziq turut menafikan dakwaan yang kononnya dia berniat untuk memerli individu lain ketika mengacarakan program berkenaan.
Ads
“Saya hanya buat kerja saya sahaja dan ketika itu saya sedang memperkenalkan barisan pemuzik.
“Seperti kita tahu, pengarah muzik, Caan memang suka mainkan muzik secara spontan dan sebagai hos, saya kena ikut cara mereka. Saya tiada niat nak meniru sesiapa,” ujarnya lagi.
Malah Haziq menambah, dia tidak mempunyai masalah dengan kedua-dua selebriti tersebut.
“Selepas insiden tersebut, saya ada berjumpa dengan Elly dan Jihan. Kami berborak seperti biasa. Ketika bertemu Kak Lina (Elly), dia bertanya khabar dan suasana bekerja di tempat baru.
Ads
“Lagipun, insiden yang berlaku ini tiada kena mengena dengan saya. Elly pun ada memuat naik di IGs dan ‘tagged’ nama saya, tak tahu nak respon bagaimana. Biarlah mereka selesaikan sendiri apa yang berlaku.
“Saya pun masih baru dalam pengacaraan. Saya anggap apa yang berlaku ini sebagai satu pengajaran.
“Sebagai seorang selebriti dan hos, kalau tidak berlaku pada kita pun mungkin ia akan berlaku kepada orang lain.
“Secara peribadi saya tidak mempunyai apa-apa masalah dengan mereka berdua,” katanya lagi.
Terdahulu pada Sabtu, Elly atau Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, secara terbuka tanpa menyebut nama meluahkan isi hatinya terhadap tindakan segelintir pengacara yang didakwa suka menyindir rakan artis lain ketika sedang mengacara program.
Ads
Luah Elly, dia berharap dirinya tidak menjadi pengacara yang gemar bercakap tentang orang lain ketika di atas pentas.
Perkongsian berkenaan disertakan klip rakaman dua pengacara itu di atas pentas dan Haziq dilihat menyanyi lagu Mengintai Dari Tirai Kamar yang pernah dipopularkan oleh Exists sambil menari.
Jihan kemudian memberitahu dia ingatkan hanya ada seorang yang berbuat demikian di Astro.
Meskipun tidak menyebut nama, ada warganet mendakwa ia seolah-olah ditujukan kepada Elly yang suka menyanyi ketika mengacara sesebuah program.
Bagaimanapun, Elly menerusi IGs memberi gambaran dia tidak membuat kenyataan itu kepada Haziq kerana sempat menulis nasihat untuk pengacara berkenaan agar melakukan yang terbaik selain turut disertakan dengan emoji hati.
Diminta mengulas mengenai perkara itu, Elly ketika ditemui tidak mahu lagi memberikan reaksi mengenai perkara itu kerana baginya, semua sudah diluahkan di IGs miliknya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan, Rozita Ibrahim atau lebih mesra disapa Bonda Rozita menitipkan kata nasihat khususnya golongan berusia untuk sentiasa menjaga kesihatan.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram, Rozita juga menyuarakan pandangan supaya memperbanyakkan amalan kebaikan dalam hidup.
“Makin tua, banyak nikmat Allah tarik. Nikmat kesihatan, nikmat kecantikan nikmat makan! Selalu rasa sunyi sebab Allah mendidik kita tentang kematian, alam barzakh.
“Elakan buat dosa dan banyakkan amal kebaikan kerana mati & sakit, tua itu adalah sgt pasti, jangan mati dalam kebencian manusia jauhkan murka dan kebencian Allah.
“Semua tu membuatkan kita faham erti berjaga-jaga pada apa nikmat hari ni! Bonda dah tua ni tak boleh banyak makan petai, durian, ikan bilis… apa saja saya share ialah peringatan pada yang sihat!,” tulisnya.
Ibu kepada usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri ini seterusnya mahu berazam untuk sentiasa menjaga kesihatan meski usia semakin meningkat.
Jelasnya, adalah sangat penting untuk warga emas menjaga kesihatan supaya tidak memberi bebanan kepada anak sekiranya ditimpa jatuh sakit kelak.
“Sistem imun makin lemah..!! Sebab pertahanan badan kurang maka saya cari solusi untuk sihat dan aktif! Saya tak nak anak-anak ziarah saya di hospital, menyusahkan anak-anak memang saya tak nak.
“Saya berazam nak sihat, cukuplah melihat pengalaman jaga ahli keluarga sakit. Sepupu saya ramai yang mati muda sebab sakit makan tak berjaga sejak kecil. Sebab ambik banyak gula, susu pekat manis, air tin dan banyak lagi! Sedih & susah pergerakan,” tulisnya lagi.
Memasuki tanggal 15 April 2021, maka genaplah usia pelakon dan pelawak, Zizan Razak yang ke-37.
Lantaran itu, menerusi perkongsian di laman Instagram, Zizan dilihat ada menitipkan ucapan buat dirinya sendiri bersempena dengan hari istimewa itu.
Dalam ucapan tersebut, pelakon filem Polis Evo ini turut menyelitkan doa semoga Allah sentiasa memberikannya kekuatan dalam segala hal termasuklah ketika menghiburkan hati semua orang.
Sebelum ini banyak perdebatan mengenai perkongsian di laman sosial yang kononnya lebih banyak membawa pengaruh negatif berbanding positif.
Namun begitu, jika sesebuah perkara yang dikongsikan baik, pastinya ia boleh menjadi sesuatu yang bermanfaat buat orang lain.
Begitulah hal yang mungkin dirasakan pelakon, Harris Annuar atau nama sebenarnya, Mohammad Harris Shahrul Annuar yang gembira apabila perkongsiannya mengenai solat sebelum ini telah membuka hati seorang pengikutnya.
Menerusi muat naik di laman Instagramnya, bintang berusia 29 tahun ini berkongsi tangkap layar perbualan menerusi Direct Message (DM) bersama pengikutnya.
Individu berkenaan berterima kasih atas perkongsian kerana telah menjadi asbab untuknya terus mendirikan solat.
“Salam bang, saya hanya nak beritahu yang abang jadi orang tengah, Allah hantarkan supaya saya start untuk solat.
“Saya dah konsisten empat tahun dah. Thank you buat video yang abang cakap untuk start je solat.
“Saya ikut dan Alhamdulillah… lama-lama biasa,” tulis individu berkenaan.
Tersentuh dengan mesej terbabit, bekas finalis Hero Remaja 2017/18 itu turut menasihatkan netizen agar sentiasa memilih untuk menyebarkan kebaikan yang dapat manfaat buat semua orang.
“Awaklah saham akhirat saya, so geng ia sama ada kita sebarkan kebaikan atau mengaibkan diri sendiri.Pilih dengan bijak,” tulisnya ringkas di ruang kapsyen.
Pempengaruh media sosial, Siti Jamumall menyifatkan kehadiran dua orang anak lelakinya iaitu Putra Adam Rizki, 6 dan Putra Aiman Zafran, 4 sebagai kekuatan utama...