Ketika ramai selebriti memilih untuk berkolaborasi bersama jenama-jenama Baju Raya terkenal, namun, berbeza pula buat penyanyi rap, MK yang mahu berkongsi rezeki bersama jenama meningkat naik, Armaan.

Menurut MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, jenama-jenama lain juga patut diberi peluang untuk sama-sama meriahkan industri fesyen tempatan.

“Saya Tak Letak Harga Sebab Nama Atau Populariti,” – MK K-Clique

“Sebelum ini, saya pernah berkolaborasi dengan pelbagai jenama Baju Melayu dan masing-masing punyai tawaran yang tersendiri. Kini saya lebih memilih dan percaya untuk berkongsi rezeki.

“Kebanyakkan jenama Baju Melayu masa kini sudah berkolaborasi dengan ramai selebriti dan pempengaruh ternama jadi, apa salahnya untuk saya membantu jenama yang belum terkenal.

“Kalau semua artis hanya berkumpul di satu tempat, hanya jenama itu sahaja yang akan terkenal. Tak salah kita bantu jenama-jenama lain juga.

IKLAN

“Saya tak pernah tahu adanya jenama ini. Malah, saya tertarik dengan kisah pengasasnya yang membangunkan jenama ini sempena anak sulungnya yang telah meninggal,” katanya kepada MH.

Anggota K-Clique itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pengenalan duta dan koleksi raya Armaan yang berlangsung di Panggung Asia, Gombak pada Rabu.

“Saya Tak Letak Harga Sebab Nama Atau Populariti,” – MK K-Clique “Saya Tak Letak Harga Sebab Nama Atau Populariti,” – MK K-Clique

IKLAN

Ketika ditanya mengenai harga yang ditawarkan untuk menjadi duta bagi jenama tersebut, MK menjelaskan ia bersesuaian dengan komitmen-komitmen yang telah ditetapkan.

“Sejujurnya, bila bercakap soal harga ketika bekerja, saya akan lebih mengutamakan aspek komitmen dan kerja-kerja yang mampu saya lakukan.

“Saya tidak metelakkan harga disebabkan nama, gelaran atau populariti saya. Saya akan pastikan kemampuan saya dahulu agar dapat memuaskan hati semua pihak.

IKLAN

“Harga yang saya letakkan ini adalah keyakinan saya untuk kerja-kerja yang akan saya sampaikan.

“Saya tak mampu sentuh sesuatu perkara dan ia bertukar jadi emas. Namun, saya percaya dengan rezeki Dia. Kalau kami sama-sama ikhlas, saya percaya rezeki itu luas,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, MK turut memaklumkan dirinya akan mengurangkan waktu bekerja ketika di bulan Ramadan bagi meluangkan lebih masa bersama keluarga.

Terdahulu, sebanyak lima koleksi pakaian Hari Raya yang telah diperkenalkan Armaan antaranya, Baju Melayu Premium, Baju Melayu Eksklusif, Kurta Johor Klasik, Kurta Moden dan Baju Melayu Kanak-Kanak.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI