Pelakon dan penyanyi, Azira Shafinaz akui tumpang gembira selepas mengetahui tentang rakan artis, Sharnaaz Ahmad yang kini dikatakan mempunyai hubungan istimewa bersama seorang pelakon baharu.

Menurut Azira atau nama sebenarnya Azira Shafinaz Ramlan, sebagai seorang sahabat, dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat Sharnaaz.

“Saya Tak Iri Hati, Dia Berhak Bahagia,”- Sharnaaz Ahmad Dengan Pelakon Baharu? Azira Shafinaz Tumpang Gembira

“Seperti yang sering saya perkatakan sebelum ini, saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat Sharnaaz walau dengan siapa pun dia keluar atau berkawan.

“Pada saya, dia puyai hak untuk gembira. Dia juga merupakan seorang single father dan saya pasti dia juga punyai impian untuk memiliki keluarga baharunya sendiri.

“Saya sentiasa doakan agar segalanya berjalan lancar buat Sharnaaz. Semoga dia bertemu dengan jodoh yang baik-baik.
Insyaallah,” katanya kepada MH.

Anggota kumpulan De Fam itu berkata sedemikian ketika sesi lawatan media ke set penggambaran filem, Sheriff yang berlangsung di Bandar Malaysia, Sungai Besi pada Isnin.

IKLAN

“Saya Tak Iri Hati, Dia Berhak Bahagia,”- Sharnaaz Ahmad Dengan Pelakon Baharu? Azira Shafinaz Tumpang Gembira

Pada masa sama, Azira turut memaklumkan tiada sebab baginya untuk berasa iri hati memandangkan dia sudah berulang kali menjelaskan hubungan bersama Sharnaaz tidak lebih sebagai seorang kawan baik.

“Saya ada tengok video ketika Sharnaaz hadir ke tayangan perdana Polis Evo 3. Pada saya, itu sesuatu yang sangat bagus. Saya pun tiada nak rasa iri hati. Saya dan Sharnaaz hanya berkawan.

“Sebab itu saya selalu rasa kelakar bila orang bertanya mengenai kami. Sejujurnya, saya bukan seseorang yang suka ambil tahu mengenai orang lain.

“Jadi, saya okay sahaja bila lihat dia keluar bersama teman wanita baru,” ujarnya lagi.

IKLAN

Ditanya mengenai perasaannya apabila peminat sentiasa mengaitkan namanya dengan Sharnaaz, Azira memberitahu dia tiada berjaya untuk menutup orang lain.

“Pada saya, ini adalah lumrah bergelar selebriti. Orang luar pasti akan bertanya banyak perkara bila mereka lihat kita rapat dengan seseorang.

“Bagi pihak saya pula, saya sentiasa menjaga pergaulan. Kalau ada sesuatu perkara yang ingin saya kongsikan, ia akan sentiasa keluar daripada mulut saya sendiri.

“Kalau dengar daripada orang lain pula, mungkin mereka hanya buat spekulasi atau mereka mahu kita bersama seperti yang mereka harapkan,” akhirinya.

IKLAN

Terdahulu, menerusi filem Sherif, Azira bakal membawakan watak sebagai Sha yang juga merupakan seorang pegawai polis di Jabatan Narkotik.

“Saya Tak Iri Hati, Dia Berhak Bahagia,”- Sharnaaz Ahmad Dengan Pelakon Baharu? Azira Shafinaz Tumpang Gembira “Saya Tak Iri Hati, Dia Berhak Bahagia,”- Sharnaaz Ahmad Dengan Pelakon Baharu? Azira Shafinaz Tumpang Gembira

Filem arahan pengarah terkenal, Syafiq Yusof yang bertemakan kepolisian ini tururt menampil barisan-barisan pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Datuk Aaron Aziz dan Elizabeth Tan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Kredit Foto: Instagram Azira Shafinaz

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI