“Saya Tak Benci Dia, Tapi…,” – Bergelar Ibu Tunggal, Ini Perasaan Bella Astillah Buat Aliff Aziz

Share

Perpisahan pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah nyata mengundang rasa sedih peminat, apatah lagi insiden yang berlaku melibatkan konflik rumah tangga kedua bintang berkenaan.

Malah, Bella yang sebelum ini dikenali sebagai ibu yang cekal dan tabah atas beberapa khilaf yang dilakukan si suami, akhirnya mengambil keputusan untuk berpisah sebagai jalan terbaik.

Bagaimanapun ketika diajukan persoalan dari pihak media sama ada dia masih sayangkan bekas suami, Bella sejujurnya mengakui masih sayangkan Aliff, memandangkan mereka sudah lebih lima tahu mengenali seterusnya membina hidup bersama.

“Saya boleh jawab terus. Memang sayang. Sebab apa…tipulah tak sayang dah lima ke enam tahun bersama. Dah ada anak pun. Jadi mestilah masih sayang, sudah tentu.

“Tapi rasa sayang tu saya kena ketepikan. Kena move on, maju ke depan dan terima perpisahan ini,” kongsi Bella lagi.

Pada masa sama, Bella turut memberitahu, tak salah untuk rasa sayang, sebagaimana dia menyayangi individu terdekat lainnya.

“Saya tak benci dia, tapi saya doakan dia mendapat kehidupan yang lebih baik selepas ini,” jelas Bella lagi.

Terdahulu, pasangan tersebut berpisah dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak, Ayden, dua tahun.

Foto: Carian Google, Instagram Bella Astillah

IKLAN