Ads

“Saya Tak Akan Berdiam Diri…,” – Ibu Mentua Nubhan Nafi Tuntut RM5 Juta Daripada Menantu, Sedia Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Penyebar Fitnah

Ibu mentua kepada penyanyi Nubhan, Zailah Zainudin, menegaskan dia tidak pernah menuntut RM5 juta sekiranya anaknya diceraikan.

Zailah, 62, turut mendedahkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan fitnah serta mencemarkan nama baik keluarganya.

Bekas pensyarah itu pada masa sama turut meluahkan rasa terkilan apabila nama keluarganya diaibkan menerusi pelbagai tohmahan di media sosial.

“Beberapa hari ini, saya dan keluarga melalui ujian berat apabila pelbagai cerita dan tuduhan disebarkan secara terbuka. 

“Sebagai ibu, saya sedih apabila nama saya dan keluarga dibawa ke perhatian umum dengan pelbagai tafsiran yang tidak benar,” katanya.

Zailah berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada petang Isnin.

Ads

Tambah Zailah, dia juga sudah melantik peguam bagi meneliti setiap kenyataan dan hantaran berunsur fitnah serta mengenal pasti langkah undang-undang yang boleh diambil terhadap pihak yang menyebarkan maklumat palsu.

“Saya telah melantik peguam, Tetuan Aizat Izuan Shakeel untuk meneliti setiap kenyataan dan hantaran berunsur fitnah. 

“Tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana individu atau pihak yang menyebarkan maklumat palsu serta mencemarkan nama baik saya dan keluarga,” ujarnya.

Dalam masa sama, Zailah sudah tidak mampu berdiam diri selepas pihak tertentu didakwa sengaja mahu memalukan dan menginjak maruah keluarganya.

Ads

“Saya tidak akan berdiam diri apabila maruah kami dipermainkan. Kepada pihak tertentu yang terus menyebarkan fitnah, saya mohon hentikanlah penyebaran cerita yang tidak pasti kebenarannya. 

“Jangan menambah luka dengan andaian atau komen yang hanya berasaskan khabar angin. Cukuplah fitnah dan kata-kata yang menyakitkan,” jelasnya lagi.

Berterima Kasih Kepada Yang Titip Semangat

Selain itu, Zailah tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan kata-kata positif sepanjang anak sulungnya iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek menghadapi kemelut rumah tangga dengan Nubhan.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan memberikan semangat kepada saya serta keluarga. Sokongan semua amat kami hargai. Saya yakin dan percaya bahawa kebenaran akhirnya akan diketahui,” katanya.

Ads

Sebelum ini, selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga, Nubhan mengejutkan ramai apabila didakwa sudah menceraikan isterinya serta memfailkan pengesahan lafaz talak.

Mahkamah Rendah Syariah Sepang kemudian menetapkan 2 Disember ini sebagai tarikh sebutan kes pengesahan lafaz cerai yang difailkan penyanyi itu ke atas Dr. Afifah atau Dr. Fie.

Namun, ketika kes di mahkamah masih berjalan, timbul pula dakwaan kononnya ibu kepada Dr. Afiyah menuntut RM5 juta sekiranya anaknya diceraikan.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sumber: mStar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Dah Tukar Baju & OTW Nak Balik, Ernie Zakri Terimah Lebih...

Dengan undian lebih 120 juta, penyanyi Ernie Zakri dinobatkan sebagai bintang paling popular pada malam kemuncak Anugerqh Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37) yang berlangsung di Primiera Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat.
error: Hello. Cannot.