Selebriti versatil, Ifa Raziah meluahkan rasa syukur apabila selepas lebih 27 tahun dalam seni, transisi dirinya kini dilihat kian positif baik dalam seni dan hidup.
Menurut Ifa, selama ini dia berusaha untuk mencapai apa yang dicita-citak sekaligus memilih untuk bergaul dengan mereka yang berjaya dalam bisnes demi mencari ilmu.
“Rasa terharu, nak menangis pun ada kerana akhirnya orang nampak. Syukur pada Allah SWT. Selama ini orang macam tak nampak, mereka nampak hal yang lebih kepada sisi negatif. Bila saya buat benda yang positif, orang seolah-olah ‘tak nak’ benda tu.
“Jadi saya sabar, tunggu dan usaha tanpa lelah. Biarlah orang nak cakap apa pun sebab kita yang menentukan hala tuju hidup. Apa yang negatif saya elak dan cuba untuk duduk di dalam kelompok orang-orang yang positif.
“Saya cuba untuk belajar ilmu perniagaan dengan mereka contohnya. Saya sekarang ni suka untuk mencari ilmu. Suka untuk ambil ilmu baru yang berlainan setiap hari,” katanya.
Penyanyi yang popular menerusi lagi Gemercing Rindu ini juga tidak menafikan sebelum ini dia pernah terasa bila mana ada pihak yang seolah-olah merendahkan kredibilitinya.
Ads
Dia bagaimanapun cuba bersikap positif dan menyifatkan situasi berkenaan sebagai pembakar semangat untuk terus melakar sukses.
“Jujurnya selalu juga berkecil hati bila yang ketepikan saya, pandangan sebelah mata. Alah… Ifa Raziah penyanyi dangdut je, bukannya top (popular) pun. Saya tidaklah nak menyalahkan mereka yang anggap saya begitu. Tak adalah rasa nak marah.
“Cuma ketika itu saya anggap ini mungkin belum rezeki, masanya lagi. Satu hari kau akan nampak aku siapa. Hari ini alhamdulillah, sedikit demi sedikit saya cuba buktikan. Mungkin saya tak berjaya sebagai seorang penyanyi atau pelakon yang hebat. Akan tetapi mungkin Dia lahirkan saya sebagai usahawan. Inilah rezeki yang saya nampak.
Ads
“Saya juga menjaga gelombang positif saya. Kalau marah atau ‘moody’, aura rezeki itu akan bocor, susah nak masuk. Elakkan berbuat demikian lebih-lebih lagi pada waktu pagi atau lepas Subuh. Sebaliknya, saya amalkan zikir dan elak untuk rasa marah terhadap sesiapa,” katanya.
Ditanya soal perubahan sikap berkenaan, Ifa akui ia berlaku disebabkan dirinya yang kian matang dalam mengawal perasaan.
“Saya sampai satu tahap sudah malas nak layan. Kalau dulu, pantang (marah dan maki). Agaknya satu mungkin sebab faktor usia dan bila ada iman sedikit, hal remeh-temeh ini sudah malas nak ambil serius.
“Saya rasa sangat tenang bila buat macam tu. Saya tak ada kawan-kawan yang berperangai macam syaitan di sekeliling, rasa tenang bahagia seterusnya buat saya lebih bahagia.
Ads
“Ada ketikanya aku nak mulut jahat pun. Cuma biarlah isu yang dirasakan perlu. Kena tengok tempat,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Ifa Raziah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas dua minggu mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Serdang, Selangor, bapa kepada penyanyi Naqiu menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.05 pagi Ahad.
Perkhabaran sedih itu dikongsikan Naqiu atau nama sebenarnya, Wan Naqiuddin Mohd Najib, 36, menerusi laman Instagram miliknya.
“Papa saya baru sahaja meninggal dunia pukul 6.05 pagi tadi. Saya mohon semua untuk sedekahkan Al-Fatihah buat papa.
“Moga dia ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan moga papa diletakkan di syurga tertinggi di sisiNya.
“Papa terlalu penat, lama sangat dah sakit. Lepas ini papa berehatlah. Papa dah boleh jumpa mama. Moga suatu hari nanti kita semua akan bertemu kembali pa,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Allahyarham difahamkan sudah lama menghidap penyakit kencing manis dan dimasukkan ke hospital pada 16 Mei lalu akibat komplikasi selepas terkena jangkitan Covid-19 beberapa hari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Naqiu
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Peninglah.” Itu kata ringkas penyanyi popular, Siti Nordiana apabila ada peminat yang cuba ‘menyatukan’ dirinya dengan usahawan, Shuib susulan aksi duet pada program Semakin Cinta Shuib yang ditayangkan di Astro Ria, baru-baru ini.
Persembahan mereka menerusi lagu Jangan Ada Dusta Di Antara Kita itu juga mencetuskan tular diTikTok.
Malah nyanyian solo Siti Nordiana yang membawakan lagu Bersamamu dendangan asal Allahyarham Siti Sarah turut dikongsikan kembali wargamaya menerusi platform berkenaan.
Siti Nordiana, 38, atau mesra disapa Nana bagaimanapun berkata, dia mengganggap semua itu sebagai usikan atau guraun manja peminat.
“Anggap itu usikan dan gurauan manja saja. Mungkin peminat suka dengan persembahan kami. Jadi, sebab itu mereka mula ‘kenenkan’.
“Saya sudah selalu hadapi situasi sebegini. Apatah lagi masing-masing belum berpunya dan selagi itu ada usikan.
“Ini juga rencah dalam industri hiburan. Apa pun, saya nak berterima kasih pada semua yang selalu mendoakan yang baik-baik pada saya,” katanya.
Mengulas mengenai pemilihannya menyanyikan lagu Bersamamu juga lagu kegemaran Shuib, Nana menyifatkan ia satu penghormatan buat dirinya.
“Terima kasih pada Astro dan Shuib atas tawaran diberikan. Apabila diminta menyanyikan lagu Bersamamu saya ikut saja.
“Diakui lagu ini memang ‘best’. Apabila diberi peluang, ia satu penghormatan untuk saya. Arwah juga kawan baik saya. Jadi, saya beri yang terbaik pada persembahan itu,” katanya.
Dalam masa sama, Nana tidak menolak jika terdapat lagi tawaran untuk bekerjasama dengan Shuib.
“Tak sangka Shuib nyanyi sedap. Malah, persembahan kami itu juga dapat sambutan menarik juga. Kalau ada lagi tawaran untuk kerjasama selepas ini, saya okay saja,” katanya.
Pelakon dan pengacara terkenal, Datuk AC Mizal meluahkan rasa berang terhadap tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang telah menggunakan fotonya tanpa kebenaran bagi mempromosikan sendiket penipuan pelaburan wang ringgit.
Menurut AC atau nama sebenarnya, Mizal Zaini, 50, dia berharap agar semua pihak dapat berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan taktik penipuan tersebut.
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...