“Saya Tahu Jaga Iman,”- Tak Terkesan Dengan Komen Melampau, Harith Iskander Gembira Dapat Bantu Anjing Berkaki Dua

Share

Pengacara dan pelawak Harith Iskander meluahkan rasa gembira kerana berjaya menjaga dan merawat seekor anjing betina bernama Marvella. 

Dalam masa sama, Harith turut merakam kenangan manis bersama Marvella di IGTV.

Pada awalnya, kehidupan Marvella (anjing) sangat tragis.

“Dibiarkan dan didera..tetapi disebabkan hati seorang manusia yang mulia menyelamatkan Marvella, Marvella boleh hidup sehingga kini.

“Ada seorang wanita telah menyelamatkan Marvella dan dia adalah seorang pejuang. Saya harus katakan bahawa di sebalik permulaannya yang sukar, dia merupakan seorang pencinta haiwan.

Sekiranya saya berada di posisi dia, menyelamatkan anjing yang hanya berkaki dua ini untuk menjalani kehidupan yang lebih baik

“I would help because the Islam I believe in allows for compassion and kindness and me taking care of a dog and me knowing how to manage my faith should have no affect on how other people deal with theirs.

I won’t comment on all the abuse and slander thrown my way by some people (which is not surprising) but I will thank all those who have shown support and compassion for Marvella’s plight .. and yes, that has come from many Muslims as well.

“I’m a muslim, my faith is in islam, and I believe in being humane,” tulisnya.

Terdahulu, Harith dan isterinya, Dr. Jezamine mengambil keputusan untuk membawa Marvella pulang pada 23 Jun lalu.

 Foto/ Video : Instagram Harith Iskander

IKLAN