Baru-baru ini pasangan pelakon, Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah mendapat perhatian netizen apabila foto mereka bergambar semasa percutian di Australia menjadi bualan netizen.

Rata-rata netizen menyuarakan ketidakpuasan hati apabila di foto tersebut menunjukkan anak pasangan tersebut, Harum Dahlia terkena panas matahari.

Berikutan itu, Ezzaty memuat naik satu foto menerusi laman Instagram miliknya mengenai perkara tersebut.

IKLAN

“Me: Ade orang fitnah kita la sayang. Makcik pakcik bawang. Diorang cakap ibu biar anak ibu kena panas.

“Harum : Hmmmm let them do whatever they want with their smelly hand (sebab ‘potong bawang’,” tulisnya.

Dalam pada itu, Ezzaty turut menjelaskan apa sebenarnya berlaku semasa foto tersebut diambil.

IKLAN

“Kami memang ada bawa kain yang tutup Harum daripada panas tapi untuk ambil gambar ni saya buka sekejap lepas tu tutup balik.

“Tak sampai lima saat pun buka. Banyak sangat fitnah di akhir zaman ni. Ya, kasihan dekat bayi tapi saya ibu dia dan saya tahu apa saya buat.

“Harum tengah tido masa gambar ini diambil, bukan dia terpaksa tutup mata (sebab panas),” tulisnya lagi.

Pada MH, mungkin disebabkan oleh kapsyen Azwan pada foto tersebut membuatkan ramai yang salah sangka. Apa-apapun, sebagai seorang ibu tentu sekali Ezzaty tahu apa yang dilakukannya kan?

IKLAN

Mungkin lepas ni Azwan dan Ezzaty berhati-hati apabila meletakkan kapsyen di IG memandangkan ia boleh menjadi isu dikemudian hari.

Sumber: IG Ezzaty & Mstar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI