“Saya Tabik Bukan Sebab Dia Boleh Rap Tapi…,”- Netizen Minta Respon, Jadi Ini Komen Altimet Bila Zamani Nyanyi Lagu Bunga

Share

Rapper, Altimet ada memberikan pandangannya pengenai persembahan penyanyi, Zamani yang menyanyikan lagu Bunga di konsert akhir Gegar Vanganza 5 pada Ahad.

Katanya, dia kagum dengan usaha yang dipamerkan penyanyi Gerimis Mengundang itu kerana berani mencuba sesuatu yang baru.

Pandangan tersebut disuarakannya menerusi laman Instagram.

“Saya dapat banyak DM mintak ulas pasal pasal persembahan Zamani semalam. Terus terang saya tabik Abang Zamani kita ni. Bukan sebab dia boleh rap, bukan sebab dia buktikan dekat ramai orang yang kata dia tidak boleh rap salah. Sebab dia berani cuba benda baru untuk tingkatkan prestasi dia.

“Ini satu perkara yang kadang-kadang orang kita tak suka buat. Lepas satu tahap dalam hidup, diorang dah relax, kata tak payahlah belajar benda baru ni, dah cukup dah ilmu-ilmu untuk cari makan.

“Ini cara pemikiran dulu-dulu guys. Zaman sekarang ni kalau malas belajar skill baru memang ketinggalan lah. So, salute Zamani dan semua peserta yang masuk GV5,” tulisnya.

Tambah Altimet, mempelajari sesuatu yang baru adalah perkara yang jarang dilakukan oleh artis tempatan apabila mereka telah mencapai satu tahap yang selesa.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh Altimet itu.

Wah, kalau penyanyi asal pun dah puji, bermakna persembahan Zamani dan Billy Zulqarnain pada malam tersebut memang benar-benar bagus lah ye. Apa-apa pun tahniah diucapkan buat Zamani dan Billy Zulqarnain.

Foto: Instagram Altimet

IKLAN