Selamat menimang cahaya mata sulung pada 10 Oktober lalu hasil perkongsian dengan Datin Zai Izzati Khiruddin, penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah gembira akan kehadiran ahli baru dalam keluarga.
Menerusi perkongsian video Youtube Begitu Begini DJ Nazz, Jamal mendedahkan sebab memilih nama anak, Nur Azura Yamani yang kini berusia seminggu.
“Sepanjang saya berlakon dalam enam buah filem, Azura menjadi salah satu filem yang melekat dan saya abadikan dalam kehidupan saya.
“Saya suka watak Zack dalam filem Azura. Jadi apabila anak perempuan yang baru dilahirkan ini, saya letak nama Azura,” jelas Jamal.
Ads
Terdahulu, Azura selamat dilahirkan di sebuah pusat perubatan swasta di Shah Alam seberat 2.7kg.
Berkecimpung dalam industri hiburan sejak 40 tahun lalu, Jamal akui bahawa dia tidak mempunyai bidang asas dalam lakonan.
Sebaliknya, lebih tertumpu ke arah bidang nyanyian.
Ads
“Saya sebenarnya tak ada asas dalam bidang lakonan. Jadi trend dulu sekiranya artis itu popular, secara automatik akan dipanggil menjadi pelakon. Jadi, saya salah seorang dari itulah.
“Apa sekali pun karakter yang dilakonkan, itulah diri saya yang sebenarnya kerana saya tiada asas dalam bidang lakonan untuk melakonkan watak orang lain,” katanya yang menjadikan M. Nasir, Ahmad Jais dan Allahyarham Tan sri P. Ramlee sebagai idola tempatan.
Ads
Ikuti temu bual penuh menerusi video di bawah;
Video/Foto : Youtube Begitu Begini DJ Nazz/Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Wan Sharmila atau nama sebenarnya Wan Sharmila Wan Mohamed menjelaskan, dia sudah lama menyimpan hasrat menutup aurat dan nekad melakukan perubahan itu bersempena dengan ulang tahun kelahirannya ke-38 pada 12 Oktober lalu.
Memetik mStar, bintangi ini sebenarnya agak ‘takut’ untuk berkata ‘ya’ andai ada yang bertanya mengenai penampilan terkininya itu.
“Sebenarnya kalau ada sesiapa yang tanya tentang berhijab, saya takut nak cakap ‘ya’ tu. Selalunya saya akan minta mereka doakan sahaja… tapi apa yang saya sedang buat sekarang ni adalah saya cuba untuk ke arah itu.
“Apa yang peminat lihat di Instagram itu sebenarnya ya, saya dah mula pakai tudung sejak tiga hari lalu. Tapi sepanjang tempoh itu saya tak post gambar walaupun tengah bercuti di Osaka ketika ini sebab sangat takut malah tiada siapa pun yang tahu mengenainya. Tiga hari saya ‘peram’ gambar dan tak post.
“Saya rasa sedih dan terharu sebab niat saya untuk berhijab ini sebenarnya sudah lama tapi nak mulakan itu memang takut. Jadi masa saya betul-betul nekad nak buat tu, saya lakukan ia masa hari jadi saya,” katanya seperti yang dipetik.
Pada masa sama, Wan Sharmila turut mengakui penampilannya yang mengenakan hijab menerusi beberapa buah drama yang dilakonkan sebelum ini adalah permintaan peribadi dia sendiri selain memilih persalinan bersesuaian.
“Saya mula pakai masa saya dekat Osaka kerana saya fikir mungkin masa balik ke Malaysia nanti saya tak rasa kekok. Tak dinafikan kalau kawan video call sekarang ni pun saya jadi segan… rasa sangat lain.
“Dalam lakonan-lakonan sebelum ini yang saya pakai tudung pun saya yang minta sebab saya suka dan sebenarnya nak belajar… sekarang ini juga pun saya dah mula memilih pakaian yang bersesuaian,” jelas Wan Sharmila.
Sementara itu, pelakon ini tidak rasa takut andai tawaran lakonan berkurangan memandangkan dirinya percaya rezeki pasti akan lebih luas selepas ini.
“Pada pendapat saya, pakai tudung sebenarnya job lebih luas tetapi dugaan akan lebih banyak… Ini bukan perkara main-main, saya buat kerana ia tanggungjawab, bukan kerana fesyen.
“Saya juga nak ucapkan terima kasih buat mereka yang DM, mesej dan doakan saya… malah ada kawan-kawan rapat yang menangis, mereka buat saya betul-betul terharu.
“Cuma saya harap tiada siapa yang judge mengenai penampilan saya selepas ini. Takut pula ada yang cakap tudung tak cukup labuh atau apa… saya cuma harapkan sokongan mereka,” pinta Wan Sharmila.
Terdahulu beberapa entri foto dan video yang dikongsikannya menerusi Instagram yang menutup aurat mendapat perhatian dan para peminat turut mendoakan agar pelakon ini terus istiqamah.
Sumber/Foto: mStar/Instagram Wan Sharmila
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bakal mengakhiri zaman bujang pada 20 Disember ini, pelakon Farah Nabilah memilih Mohamed Amirul Yunus sebagai pasangan hidupnya.
Farah turut berkongsi detik perkenalan bersama Amirul dan membuka cerita apabila pelakon Izara Aishah yang juga merupakan sahabat baiknya yang memperkenalkan mereka.
“Kami mula berjumpa ke di sebuah restoran di Rasta TTDI. Ketika itu saya belum berlakon dan masih belajar di universiti.
“Pada tujuh tahun lalu, Izara yang bawa saya berjumpa Amirul. Ketika itu Amirul bersama sekumpulan rakan-rakannya.
“Jadi, itu merupakan pertemuan pertama kami di Rasta.
“Kami turut berterima kasih kepada dia (Izara) sebab pertemukan kami dan dia memainkan peranan penting juga dalam kisah cinta kami ini,” kongsi Farah.
Pasangan ini ditemui di Hotel Majestic, Kuala Lumpur menerusi Sidang Media Mahligai Cinta Sidang Media Bersama Farah Nabilah, pagi Rabu.
Sementara itu, Amirul yang merupakan seorang juruterbang di sebuah syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) akui tertarik dengan senyuman manis bintang drama Cik Reen Encik Ngok Ngek itu.
“Saya tertarik dengan dia (Farah) kerana senyuman manis dia.
“Apabila dia senyum, hati saya mulai cair dan rasa tenang melihatnya,” jujur Amirul.
Pasangan ini bakal mengadakan majlis pernikahan pada 20 Disember ini.
Farah,27 dan Amirul,28, juga bakal mengadakan tiga majlis resepsi iaitu pada 28 Disember (belah lelaki), 21 Disember dan 5 Januari 2020 (sebelah perempuan) di sebuah hotel terkemuka sekitar Kuala Lumpur.
Terdahulu, Amirul merisik Farah pada awal tahun ini.
Pasangan ini merupakan selebriti pertama yang bakal ditampilkan dalam portal terbaru di bawah jenama program perkahwinan popular TV3, Mahligai Cinta.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...