Belum pun sampai 24 jam klip video single terkini berjudul Pipiyama dari Shiha Zikir dilancarkan, namun ada netizen yang seakan terkejut apabila babak seorang model lelaki separuh bogel yang sedang memakai baju ditayangkan.
Babak teaser selama beberapa saat itu menjadi kecoh dan diperkatakan sehinggalah versi penuhnya dilancarkan di YouTube.
Ia secara langsung memberi reaksi pelbagai netizen. Malah, ada mempertikaikan tindakan bintang itu yang dikatakan cuma mengeksploitasi tubuh lelaki dalam klip video tebarunya itu.
Bagaimanapun, Shiha meminta agar peminat bertenang sebelum membuat pelbagai spekulasi.
“Sudahkah anda melihat muzik video Pipiyama? Rasanya ia hanya akan dilancarkan jam 8 malam tadi, jadi bagaimana anda membuat telahan bahawa muzik video itu mengeksploitasi tubuh lelaki dalam keadaan separa bogel sebelum ia dilancarkan?
“Saya mohon peminat dan umum menonton dulu muzik video itu sebelum membuat sebarang andaian,” pohon Shiha.
Jelasnya lagi, babak yang dimuat naik pada awal klip video sebenarnya bertujuan untuk menunjukkan perbezaan di antara lelaki bujang dan duda bersesuaian.
Bahkan, ia dirasakan sesuai dengan mesej yang ingin disampaikan menerusi lagu hasilan komposer dan penulis lirik dari Seberang, Atra Petrana itu.
“Lelaki bujang biasanya dikaitkan dengan fizikal dan rupa paras yang kacak. Sementara lelaki yang berkahwin atau berstatus duda pula, mungkin penampilan mereka kurang segak tetapi banyak wang, mungkin?
“Bagi saya ini adalah satu persepsi yang normal,” kongsi Shiha lagi yang tidak menolak andai dijodohkan dengan duda asalkan bukan suami orang.
Terdahulu, Shiha turut mencipta nama di Indonesia sejurus diangkat sebagai pemenang tempat ketiga program D’Academy Asia, lebih tiga tahun lalu.
Sehingga kini, single genre dangdutnya itu telah pun mendapat hampir 5,000 kali tontonan.
Foto: Instagram Shiha Zikir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ucapan sebak yang ditulis di ruangan kapsyen nampaknya tidak mampu mengalihkan perhatian netizen kepada rekaan yang digayakan pada malam DFKL 2019 baru-baru ini.
Seolah-olah memakai beg galas, fesyen Janna Nick kali ini mendapat pelbagai reaksi lucu netizen.
Pelakon berusia 23 tahun ini menyarung busana merah yang menampilkan belahan di kedua-dua bahagian bahu sehinggakan netizen menyangka ia seakan-akan beg yang digalas pada bahagian belakang.
Aeril Zafrel dan Jihan Muse adalah antara selebriti yang turut meninggalkan komen.
Terdahulu, aktres jelita ini menulis satu ucapan istimewa sempena kemenangan buat kali ketiga dalam kategori Aktres Pilihan.
Meluahkan dirinya membesar tidak cukup kasih sayang, ulas Janna, gunakan kekurangan untuk kuatkan diri.
“ALHAMDULILLAH… Terima kasih ❤❤❤ Masih memilih saya sebagai #Aktresspilihan anda untuk kali yang ke-3… Terima kasih semua yang mengundi…dulu saya membesar tak cukup kasih sayang…tapi sekarang Allah kurniakan saya kasih sayang yang melimpah limpah.
“SAYA RASA SANGAT DISAYANGI…pesan saya, kalau anda rasa sunyi…sendiri…guna kan masa yang ada untuk jadikan anda seorang yang berguna di masa akan datang… kesunyian tu bukan merosakkan jiwa tapi sebaliknya menenangkan dan melapangkan. SAYA SAYANG SEMUA ❤❤❤ DOAKAN SAYA JADI YANG TERBAIK OK!#sayangketatsendatpadat.”
Di laman media sosial Instagram usahawan kosmetik sensasi, Sajat, bintang itu telah memuat naik beberapa keratan video.
Menerusi salah satu rakaman video yang dikongsikan, penyanyi Bobo Di Mana ini telah memberi penjelasan mengenai isu jantinanya kepada pengikutnya di Instagram, buat kesekian kalinya.
“Sajat muka nampak jantan lah, tak apa lah yang, jantan ke apa ke tak kisah lah. Yang penting akak bernonok okey! Akak bukannya bawah tu bukan jantan punya, akak perempuan punya.”
“Ko cakaplah akak jantan ke, lelaki ke, apa ke kan..akak tak kisah yang penting akak punya bawah nonok, akak punya bawah berkelopak, bukan akak punya bawah berpisang.
“Akak punya kelopak kita geng-geng kelopak, kita bukan geng-geng pisang,” antara yang diperkatakannya.
Dalam pada itu, di ruangkan komen pada video tersebut penyanyi yang terkenal dengan lagu Makhluk Penggoda juga itu telah menerima kecaman dan komen berbaur negatif netizen.
Rata-rata netizen berkata Sajat tidak sepatutnya mengeluarkan kata-kata sedemikian kerana dianggap melampau.
Video : Instagram Nursajadiah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dipilih sebagai duta bagi sebuah jenama baju raya terkenal, pempengaruh Mdno berharap orang ramai tidak keliru dengan nasihat-nasihat yang sering dikongsikan di media sosial, khususnya berkaitan pengurusan kewangan.