Pelakon dan hos, Scha Alyahya selamat bersalin anak perempuan,kira-kira jam 9.15 pagi, hari ini di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.
Suami Scha yang juga pengacara, Awal Ashaari berkata, Scha dan bayi mereka dalam keadaan sihat dan baik.
“Alhamdulillah, saya sekarang sudah menjadi bapa kepada dua cahaya mata. Proses bersalin Scha juga dipermudahkan. Scha dan bayi kami dalam keadaan baik.
“Insya Allah, kalau semuanya sudah okay, Scha dan bayi akan dibenarkan keluar tidak lama lagi,” katanya.
Ads
Awal turut menzahirkan rasa syukur apabila impian mendapatkan cahaya mata kedua dimakbulkan selepas menanti hampir enam tahun selepas kelahiran anak sulung mereka, Lara Alana.
“Lama juga menanti untuk dapatkan yang kedua ini. Syukur apabila segalanya dipermudahkan.
Ads
“Insya Allah, Scha akan berpantang di rumah kami. Lara pun sudah tidak sabar nak melihat adiknya. Terima kasih atas doa semua,” katanya.
Ads
Awal dan Scha selamat bernikah pada 4 Mei 2012 dan dikurniakan anak pertama, Lara Alana yang kini berusia tujuh tahun.
Bintang drama Takdir Yang Tertulis, Nad Zainal telah dinobatkan antara 100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh 2020 bagi kategori seni dan kebudayaan anjuran Entrepreneur Insight.
Jelas Nad, dia sangat terharu dengan pengiktirafan tersebut dan menganggap ia sebagai satu permulaan yang baik bagi tahun 2021.
“Alhamdulillah 100 Most Influential Young Entreprenuers 2020 category ART & CULTURE.
“Saya sangat-sangat terharu dan pembukaan 2021 ini banyak memberi pengalaman indah,” tulisnya.
Rasa syukur dan terharu itu dikongsikan oleh ibu kepada seorang anak itu menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Nad turut menitipkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang telah menyokong perjalanan seni dan perniagaannya selama ini.
“Terima Kasih keluarga tercinta,para guru, sahabat dan peminat yang mendukung kerja seni dan perniagaan saya,” katanya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis mentipkan ucapan tahniah selain turut mendoakan semoga Nad akan terus sukses pada masa akan datang.
Untuk rekod, Nad ketika ini sedang mengusahakan perusahaan produk kecantikan yang diberi nama Audela Beauty.
Sumber: Instagram Nad Zainal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Sharifah Sofea menyifatkan saluran NTV7 banyak berjasa buat dirinya kerana di situlah perjalanan kariernya sebagai seorang anak seni bermula menerusi sitkom popular, Spana Jaya.
Menerusi perkongsian di laman Twitter, Sofia memaklumkan sewaktu dia melakonkan sitkom tersebut, umurnya baru sahaja berusia 15 tahun dan pada ketika itu dia terpaksa tidak hadir ke sekolah selama tiga bulan bagi menjalani sesi pengambaran.
“NTV7 is where it all started for me. Just after my PMR, falling into the entertainment world. Skipped 3 months of school to shoot 52 episodes of Spanar Jaya. Biggest pay cheque EVER at 15!! Hahaha! Life changing experience,” tulisnya.
Katanya lagi, pada ketika itu dia telah menerima gaji yang agak lumayan bagi seorang gadis yang berusia 15 tahun dan semenjak itu juga hidupnya telah berubah.
Dalam pada itu, Sofia turut menitipkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang telah menyokong perjalanan kariernya selama ini.
“Hey! I wanna seriously thank everyone for all the love. Spanar Jaya was definitely my breakthrough into the industry and I loved every bitter sweet experience.
“I definitely miss being on set and giving characters life. I’m honoured to have been able to do that all these years, tulisnya.
Selain Sofia, sitkom Spana Jaya turut dibintangi pelakon-pelakon hebat lain antaranya Ahma Idham, Opie Zami, Wardina Safiyyah dan ramai lagi.
Terdahulu, saluran NTV7 telah pun ditamatkan bagi memberi laluan kepada rangkaian tv pendidikan yang dikenali sebagai Didik TV di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula hari ini.
Sumber: Twitter Sharifah Sofia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Uqasha Senrose menyatakan rasa teruja apabila dipilih menjadi ‘muse’ seterusnya menyarung koleksi pengantin rekaan pereka fesyen terkenal, Shanell Harun by Shanell Harun Creations pada tahun ini.
Membawa kelainan menerusi koleksi kapsul Gabrielle 2021 yang membawa pengaruh klasik Inggeris, busana indah dan mewah yang menampilkan bintang drama Perempuan Tanpa Dosa itu juga dilihat sebagai satu pilihan yang tepat.
“Saya rasa teruja dan terharu menjadi individu pertama yang menyarungkan koleksi mewah dari Shanell Harun.
“Sejujurnya, saya rasa selesa dengan potongan busana dalam koleksi ini dan setiap perincian yang digunakan, bersesuaian dengan jiwa saya,” katanya.
Bakal mendirikan rumah tangga bersama pelakon Kamal Adli, Uqasha turut memilih persalinan yang selesa tetapi pada masa sama tampak serba sempurna pada hari bahagianya kelak.
“Saya percaya setiap bakal pengantin impikan sesuatu yang terbaik, termasuk persalinan yang bakal disarung nanti sebagai raja sehari,” katanya lagi.
Sementara itu, Shanell Harun yang sinonim dengan mementingkan ketelitian, kekemasan serta kesempurnaan dalam setiap rekaan, menyifatkan pemilihan Uqasha adalah yang terbaik.
“Saya cuba mencipta kelainan menerusi koleksi ini dan bagi saya, Uqasha ialah bintang paling sempurna untuk ditampilkan sebagai wajah Gabrielle 2021.
“Koleksi ini diharap dapat memukau peminat fesyen tanah air menerusi pemilihan busana resepsi dengan gaya moden yang bakal menjadi trend perkahwinan pada tahun ini.
“Penggunaan fabrik renda Peranchis sebagai asas rekaan, berperincian minimal yang dipadankan bersama layah dan set berlian, pastinya membuat bakal pengantin tampil mempersona di hari bahagia mereka.
“Malah setiap awal tahun, saya akan mementaskan rekaan busana perkahwinan, namun tahun ini ia tidak dapat dilakukan akibat pandemik selain menyahut seruan kerajaan bagi memutuskan rangkaian COVID-19.
“Bagaimanapun, itu bukan alasan untuk saya tidak terus bekarya. Bagi yang ingin melihat koleksi istimewa ini dengan lebih dekat, anda boleh jengah ke akaun Instagram rasmi,” katanya.
Dalam sesi penggambaran itu, Uqasha turut memperagakan barangan kemas bernilai lebih RM4 juta tajaan Habib Jewels.
Shanell ialah bekas pensyarah Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (Rekaan Fesyen) UiTM dan berpengalaman hampir sedekad dalam industri fesyen tempatan.
Aktres Maya Karin tampil mempertahankan rekaan kostum-kostum duyung yang digunakan dalam filem terbaharu Duyung: Legenda Aurora, susulan kritikan segelintir pihak selepas video trailer filem tersebut tular di platform media sosial.