Isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Fezeera Nazri tidak terasa hati meskipun sudah empat tahun tidak dapat balik ke Sarawak untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga.
Menurut Fezeera, dia akui dirinya amat merindukan suasana di kampung halaman namun dia dan suami mempunyai alasan sendiri mengapa mereka memilih untuk beraya di Kelantan.
“Ramai yang tanya saya, tak rindu nak balik kampung ke? Kenapa tak balik kampung untuk menyambut Hari Raya? Sejujurnya, ini tahun keempat saya menyambut Hari Raya jauh dari rumah.
“Semua orang pasti merindui bagaimana kami selalu menyambut Hari Raya bersama keluarga ketika masa kecil.
“Sudah tentu saya juga merinduinya kerana menyambut Hari Raya di Sarawak sangat meriah dan seronok,” katanya.
Perkata itu dikongsikan sendiri oleh ibu kepada dua orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Ads
Pada masa sama, Fazeera turut mendedahkan antara sebab dia tidak pulang beraya di Sarawak sebelum ini kerana dia sedang hamil selain keadaan anak yang masih kecil untuk menaiki pesawat.
“Saya dan suami sudah membuat persetujuan bersama dan saling memahami. Bila kami nak memutuskan belah mana kami akan beraya, kami akan melihat setiap aspek secara rasional.
“Ketika dua tahun pertama kami sambut Hari Raya bersama, saya hamil lapan bulan (dua kali). Jadi, saya tak dapat pulang ke Sarawak untuk beraya.
“Pada tahun ketiga ini, kami memutuskan untuk sekali lagi beraya di Kelantan kerana anak-anak kami masih kecil.
“Kami risau yang kami tak dapat nak uruskan jika anak meragam di dalam penerbangan,” ujarnya lagi.
Ads
Katanya lagi, keputusan seperti ini hanya akan berjaya dicapai sekiranya para suami isteri saling memahami dan hormat menghormati antara satu sama lain.
“Apapun, saya gembira dengan keputusan kami kerana ia memerlukan kesanggupan, saling hormat menghormati dan persetujuan bersama.
“Kita kena saling berkomunikasi dan faham antara satu sama lain,” katanya lagi.
Ads
Dalam pada itu, Fizo turut merakamkan ucapan terima kasih buat Fazeera dan memaklumkan mereka akan beraya di Kuching Sarawak pada tahun hadapan.
“Terima kasih sayang. Saya sangat hargainya. Tahun hadapan, giliran kita beraya di Kuching pula,” kata Fizo di ruangan komen.
Fizo dan Fazeera mendirikan rumah tangga pada Oktober 2021 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.
Sebelum ini Fizo pernah berkahwin dengan usahawan, Mawar Karim pada November 2013, namun bercerai pada 10 Julai 2019.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia tujuh tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fazeera Nesry
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penerbit dan pengarah terkenal, Erma Fatima mengulas mengenai tindakan wanita asal Singapura yang dikenali sebagai Sarah Yasmine susulan isu hangat yang membabitkan beberapa nama selebriti, baru-baru ini.
Ekoran isu yang tercetus, Erma menggesa Sarah supaya pulang ke Singapura dan selesaikan sediri masalahnya dengan penyanyi, Aliff Aziz di sana.
“Seorang wanita yang kecewa dan loser telah ditinggalkan oleh kekasih. Dia orang luar dan bukan orang Malaysia. Kemudian dia masuk ke negara aku dan buat ‘kenduri’ selak kain.
“Semua orang meraikan dia terutamanya di platform media sosial dan wartawan. Sedangkan masalah kau adalah dengan artis negara kau. Balik negara kau dan selesaikan masalah ini di sana.
“Jangan jatuhkan maruah orang-orang di negara aku,” katanya kepada MH.
Erma berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan episod akhir drama Lelaki Itu di Hadramawt Kitchen, Ampang pada Isnin.
Sementara itu, Erma turut mencadangkan pelakon tempatan yang turut terpalit dengan kontroversi ini supaya membuat laporan polis agar isu ini dapat diselesaikam secara dalaman tanpa perlu mendedahkan aib kepada umum.
“Buat Ruhainies dan Sophia Albarakbah, keluarlah dan buat laporan polis supaya pendedahan ini dihentikan. Anda ada hak untuk buat sebegitu.
“Tak kisahlah sama ada anda punyai skandal atau jadi penyondol, anda ada hak untuk hentikannya dan lawan balik,” katany lagi.
Pada masa sama, penulis skrip drama Lelaki Itu juga menggesa Aliff supaya tampil ke hadapan dan menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku saat ini.
“Kepada Aliff, be gentleman. Keluarlah. Dalam bahasa kurang baik, kalau kau ada ‘tu’, kau keluarlah. Jangan duduk dan senyapkan diri sahaja cuci tangan.
“Awak ada hak untuk hentikan perkara ini juga dengan buat laporan polis. Kenapa kau hilang? Kau dah berak sana sini lepas tu hilang. Banyak cantik muka kau,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Erma turut meminta pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengambil tindakan demi menjaga nama baik dan imej industri seni negara.
“Mana MCMC? Apa yang kementerian buat untuk hentikan satu orang luar yang masuk dalam industri kita dan hancurkannya. Itu yang buat saya marah.
“Saya harap kenduri selak kain ini dapat dihentikan. MCMC buatlah sesuatu. Kita ada akta.
“Mereka boleh hentikan tayangan video klip lagu raya Aliff Syukri dan mereka juga panggil saya dan Zul Ariffin untuk siasat drama Wanita Itu. Kenapa benda sama tak boleh dibuat pada mereka,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas satu perkongsian foto ‘wefie’ yang dimuat naik anak kepada pasangan selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania pada pagi Ahad, madunya, Umisya Mazlan tampil memberikan respons.
Umisya menjelaskan, gambar yang dikongsi Marissa dirakamkan sebelum kisah mereka tular selain mereka sudah berdamai seterusnya menerima situasi berpoligami.
“Ramai yang DM Misya tanya tentang posting ni sampai ada yang cakap marketing, nak nampak mulia, nak raih populariti, nak nampak tersakiti, Allahu.
“Gambar ini before viral, yang di mana masa ini Marissa dan Misya dah pun berbaik. Sebab? Misya terima poligami ini dan dengan apa yang jadi. Kami pun berdamai,” luahnya.
Perkara itu dijelaskan Umisya menerusi hantaran di Insta Stories.
Bagaimanapun, hubungan baik mereka mulai berubah sekilagus menyebabkan wujudnya sempadan kedua-dua belah pihak.
“Tapi lepas viral tentang kisah nikah ni, segalanya berubah. Ada sedikit berbalah dan Marissa dan Misya mula ada sempadan di mana masing-masing buat hal masing-masing.
“Misya tak pernah cakap kami bermusuh. Tapi Misya tekankan pada kes yang modelling satu brand ni, untuk jagalah sensitiviti semua pihak atas sebab situasi kami sekarang.
“Situasi kami sekarang tak seperti yang digambarkan dalam gambar ni ya. Tapi mungkin satu hari nanti Marissa nak berbaik dengan Misya kan? Wallahualam,” tulisnya lagi.
Umisya turut mendakwa tiada apa-apa perbincangan atau komunikasi antara mereka.
“Mungkin Marissa rindu, selamat hari raya Marissa. Lama kita tak contact. Maaf zahir dan batin ikhlas dari Misya.
“Misya balas dengan story jugalah explaination ni ya, sebab Misya pun tak tahu menahu Marissa post story kita. Tak ada contact atau perbincangan setakat ini,” ujarnya lagi.
Terdahulu menerusi platform sama, Umisya ada meletakkan emoji sebelum memuat naik penjelasan berkenaan.
Malah dia juga berkongsi sepotong kata-kata berbahasa Inggeris.
Terdahulu, Marissa mencuri tumpuan apabila berkongsi sekeping foto bersama Umisya pada Ahad dengan kapsyen; ‘Some assumption needs clarification right?’
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Personaliti televisyen dan radio terkenal, Ahmad Fedtri Yahya berkongsi berita gembira apabila anak sulungnya, Indah Sutera Jannah meraih keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023.
Pengacara berkaliber itu terdahulu memuat naik tangkap layar keputusan anaknya yang menampilkan slip digital keputusan penuh 8A.
Bersama hantaran itu, dia menulis, “Keputusan UPKK sudah keluar. Ya Allah… Syukur! Tahniah kakak. Kakak kerja keras. Rezeki nak masuk umur baru tak lama lagi. Sebak menangis mama dan daddy hari ini. Syukur.”
Kemudiannya dalam satu lagi hantaran yang berbeza, bapa kepada empat cahaya mat aitu memuat naik video reaksi anak sulungnya apabila mendapat tahu dia memperoleh keputusan cemerlang.
Dalam video berkenaan dapat dilihat Fedtri memberikan telefon bimbit kepada Indah Sutera Jannah agar membuka keputusannya sendiri.
“Kejayaan kecil hari ini untuk yang lebih besar pada masa hadapan. Amin, kakak tak sangka dapat 8A.
“Sebab katanya subjek Sirah agak payah. Apa-apa pun syukur. Contoh terbaik untuk adik-adik,” titip pengacara Jejak Rasul itu bersama hantaran tersebut.
Sehingga kini video yang dimuat naik itu menerima lebih 33 ribu tanda suka dan ditonton lebih 360 ribu kali.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Konsert minggu keenam Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) berlangsung dengan penuh warna dan persaingan sengit apabila Korie diumumkan sebagai peserta yang tersingkir.
Malam tadi, adik...