Pelakon dan pengacara Irma Hasmie tidak mahu mengulas lanjut susulan dakwaan khabar angin kemelut rumah tangganya bersama suami, Redza Syah Azmeer.
Irma berkata, apa yang berlaku antara mereka berdua terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum.
“Saya mohon maaf. Kalau mengenai hal rumah tangga saya tidak dapat memberikan sebarang komen.
“Saya lebih selesa sesetengah hal tidak diceritakan secara umum. Penting untuk menjaga dan menghormati privasi daripada berkata-kata sebarang perkara yang boleh menimbulkan kesan negatif,” katanya.
Ibu kepada dua cahaya mata ini juga memohon ramai agar mendoakan dan percaya setiap yang berlaku adalah susunan daripada-Nya.
Ads
“Kena yakin setiap perkara yang berlaku adalah atas susunan Allah yang Muqtadir.
“Saya mohon doa daripada setiap yang membaca moga Tuhan menjaga kita dan keluarga dengan sebaik-baik penjagaan-NYA dan terus memberi petunjuk, hidayah untuk setiap perjalanan hari kita,” katanya lagi.
Ads
Terdahulu nama Irma menjadi bualan ramai susulan satu perkongsian di Instagram miliknya yang seakan-akan memberi bayangan berkaitan isu rumah tangga.
Dalam perkongsian itu, Irma memuat naik pesanan kepada seorang suami mengingatkan mengenai pengorbanan yang dilakukan oleh isteri dalam sesebuah perkahwinan.
Ads
Hasil tinjauan, bintang berusia 41 tahun itu juga sudah lama tidak berkongsi foto bersama suami di media sosial.
Untuk rekod, Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada 2012.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas menerima hadiah berupa sebuah motosikal baharu daripada pempengaruh Aisar Khaled, kini giliran pelakon dan pelawak, Achey pula ingin membantu penunggang p-hailing yang motosikalnya disita pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Rabu.
Menurut Achey, dia memuji sikap pemandu p-hailing tersebut kerana mengakui kesilapannya dan tidak menyalahkan mana-mana pihak.
“Assalamualaikum. Berkenaan ‘Abang Panda’ yang motosikalnya itu, saya sudah cuba hubunginya dan nama dia Shahrul dan berumur 26 tahun.
“Alhamdulillah dia dapat sebuah motosikal daripada Aisar Khaled. Dia pun sudah bagitahu yang dia tidak akan berikan apa-apa kenyataan dan mengaku salahnya,” katanya.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Mat Tudung Begins itu menerusi sebuah hantaran video di Aplikasi Tik Tok.
Pada masa sama, Achey turut memaklumkan dia akan membantu pemandu p-hailing tersebut untuk mengambil semula motosikal yang disita selain turut akan menampung segala kos untuk membaik pulih.
“Budaknya bagus dan bercakap pun lembut. Motosikalnya disita sebab cukai jalan mati, tiada penutup rantai dan cermin sisi kiri.
“Motosikal tersebut akan diambil di JPJ Senawang. Namun, saya sudah pun bercakap dengan dia, apa-apa kos untuk ambil semula atau membaiki motosikal itu, jangan sampai keluar duit sendiri.
“InsyaAllah Tiara Candy sudi membantu,” ujarnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan tersebut selain turut mendoakan semoga Achey sentiasa dimurahkan rezeki.
“Terima kasih Aisar Khaled dan Achey. Semoga anda berdua dikurniakan rezeki berlipat kali ganda.
“Alhamdulillah, rezeki Syahrul. Rakyat Malaysia memang perihatin.
“Alhamdulillah, lega dengar. Ramai yang menjadi perantara rezeki daripada Allah untuk saudara Syahrul. Semoga murah rezeki untuk semua yang sudah membantu.
“Hanya Allah yang mampu membalas jasa semua yang bantu Syahrul,” antara komen-komen netizen.
Terdahulu, video yang memaparkan pemandu p-hailing tersebut terpaksa berjalan kaki selepas motosikalnya disita pihak JPJ ketika pemeriksaan di sekatan jalan raya telah tular di seluruh platform media sosial.
Malah, Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf turut menjelaskan motosikal pemandu p-hailing berkenaan telah disita kerana tidak memiliki cukai jalan dan insurans.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram & Tik Tok Achey
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Syarikat produksi, 42nd Pictures Sdn Bhd yang diterajui pasangan suami isteri, Yasu dan Bea Tanaka, akan mengadakan Tayangan Khas untuk filem terbaharu berjudul magiK di beberapa lokasi terpilih di seluruh Malaysia selama sepanjang dua bulan, mulai bulan September sebelum ditayangkan di pawagam pada 30 November 2023.
Tujuan tayangan khas ini ialah untuk berkongsi filem dengan para penonton sekaligus menyaksikan Yasu Tanaka selaku pengarah dan penulis skrip filem asal Jepun ini bersama isterinya akan turun padang di semua lokasi terpilih.
MagiK menampilkan barisan pelakon hebat seperti Beto Kusyairy, Nadia Aqilah, Nam Ron, Ruminah Sidek, Roy Azman, Kamarul Eqifshah dan bintang cilik, Qisya Hairulzain.
Mengulas konsep tayangan khas ini, Bea berkata, pihaknya mahu menampilkan kelainan untuk masyarakat luar bandar termasuk golongan bermasalah pendengaran untuk menonton filem ini.
“Versi yang akan ditayangkan untuk tayangan khas ini ialah versi yang mempunyai “closed caption” yang memudahkan penonton dari komuniti bermasalah pendengaran.
“Ia memaparkan kisah orang kampung di Kampung Kuantan, Kuala selangor dan kami mahu mendekati golongan sasaran seperti masyarakat luar bandar menerusi konsep tayangan khas ini.”
“Kami amat berterima kasih kepada PORT Ipoh yang menaja tayangan di Ipoh untuk dua hari. Untuk tayangan ini kami telah bekerjasama dengan Persatuan Orang Pekak Perak untuk melibatkan komuniti pekak.
“Kami juga telah menjemput sekolah pendidikan khas sekitar Ipoh dengan kerjasama JPN Perak,” katanya.
Tanaka menambah, magiK bukan sekadar mengangkat kisah gadis pekak yang boleh berkomunikasi dengan kelip-kelip, tetapi turut mengajak penonton menyelami kelebihan dan keistimewaan golongan bermasalah pendengaran.
Naskhah ini juga adalah filem kedua arahannya selepas Nota yang ditayangkan di panggung pada 2015.
Sementara itu Yasu menambah, tayangan khas filem magiK membabitkan tujuh lokasi di seluruh tanah air.
“Kami berharap orang ramai tidak melepaskan peluang menonton tayangan khas filem “magiK” yang sesuai untuk tontonan seisi keluarga.
Tayangan khas ini membabitkan lokasi di Warung Adri, Kuantan pada 16 September ini, disusuli Pantai Telaga Papan (23 September) dan Space08000, Sungai Petani (29 September). Tayangan khas di Trengganu akan diadakan di tepi pantai dengan konsep Wayang Pacak.
Selain itu, lokasi tayangan khas di YMCA, Kuala Lumpur (1 Oktober); YMCA, Georgetown, Pulau Pinang (7 Oktober); PORT, Ipoh (14 dan 15 Oktober) Tiga lokasi tayangan khas ini akan melibatkan penonton dari komuniti bermasalah pendengaran.
“Tayangan khas magiK di YMCA KL, adalah sebahagian dari sambutan International Deaf Day. Jadual tayangan khas akan berakhir di Embrace Hall, Johor Bahru pada 20 Oktober.
Filem magiK mengisahkan mengenai Kit, gadis pekak berusia 7 tahun yang tinggal di sebuah perkampungan yang terkenal dengan kelip-kelip. Ibu bapanya bergelut dengan masalah kewangan kerana bapanya yang bekerja sebagai pendayung yang membawa pelancong melihat kelip-kelip.
Ibu mahu Kit belajar bahasa isyarat dan pergi ke sekolah, namun, Kit tidak berani untuk berkomunikasi dengan orang ramai kerana dia lebih cenderung untuk hidup dalam dunianya yang dikelilingi alam semula jadi.
Namun, semuanya mula berubah apabila Kit bertemu dengan seekor kelip-kelip yang seolah-olah berkomunikasi dengannya, berkelip dan terbang dengan cara tertentu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Siapa sahaja tidak kenal dengan ahli perniagaan, sosialit, model, pelakon dan penyanyi terkenal, Paris Hilton? Terkenal dengan slogan ‘That’s Hot’ beliau berjaya meraih perhatian penonton keliling dunia menerusi rancangan realiti televisyen, The Simple Life.
Cicit kepada Conrad Hilton, pengasas Hilton Hotel ini dilaporkan telah mendarat di Kuala Lumpur bersempena dengan pelancaran koleksi wangian baharunya yang dipanggil Ruby Rush di Sogo KL petang ini.
Juara Dewi Remaja 2019 dan pelakon terkenal Shaza Bae baru-baru ini memuatnaik video klip ringkas dirinya berdiri bersebelahan sosialit tersebut sambil bergurau tentang slogan ikonik beliau.
“That’s Hot,” komen Paris Hilton sebelum mengajuk ayat Shaza yang menterjemah frasa tersebut kepada “That’s Panas”! Memang comel betul interaksi antara dua bintang terkenal ini!
Pelakon berusia 28 tahun itu juga berkongsi pengalamannya berinteraksi dengan penyanyi terkenal tersebut menerusi Instagram Story beliau.
“Tidak sangka saya dapat bertemu Paris Hilton. Dia seorang yang sangat manis. Dia melayan setiap seorang daripada kami sebaiknya,” jelas Shaza.
Menjenguk ke ruangan komen, majoriti warganet dan rakan artis turut teruja dengan interaksi antara sosialit tersebut dan pelakon tanah air itu.
“Comelnya,” komen pelakon dan ahli perniagaan Hanis Zalikha.
“Saya sangat cemburu!” komen warganet lain.
“Awww she is so sweet,” komen Bella Dally.
Sekadar info, hari ini pada pukul 4 petang, waris Hilton Hotel itu akan berada di pusat beli-belah tempatan, Sogo Kuala Lumpur, untuk pelancaran minyak wangi baharunya, Ruby Rush.
Menurut laman web Paris Hilton Fragrances, Ruby Rush dikatakan merupakan gabungan menggoda ceri berair, dahlia merah, dan kayu cendana memberikan kesan wangian yang tidak dapat dilupakan.
Ia juga kini dijual di laman web tersebut dengan harga RM161 hingga RM199 bergantung pada saiz botol.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...