Manusia memang tidak lari daripada melakukan kesilapan tapi apa yang penting adalah cepat tersedar dan belajar daripada kesilapan lalu.

‘Saya Sedar Akan Kesilapan Lalu’ – Fathia Latiff Mohon Netizen Padam Video Bigo Live

Itulah yang pelakon, Fathia Latiff lakukan kini. Sering dilanda kontroversi, Fathia Latiff kini tidak mahu mengenang kesilapannya dahulu serta berharap video ‘kesilapannya’ itu dipadam.

“Saya mohon kepada sesiapa yang ada memuat naik video live Bigo itu, saya minta untuk padam rakaman tersebut.

“Saya sedar kesilapan lalu dan tak mahu lagi video itu terus berada di laman sosial terutamanya di YouTube.

“Saya tak mahu generasi saya akan datang menonton video tersebut. Kesilapan itu telah menjadi ikhtibar untuk saya dan merupakan pengajaran yang sangat berguna,” katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, Fathia juga ingin terus melangkah ke hadapan dan memajukan karier seninya serta menjadi seorang yang lebih baik.

IKLAN

‘Saya Sedar Akan Kesilapan Lalu’ – Fathia Latiff Mohon Netizen Padam Video Bigo Live

“Saya kena teruskan kehidupan dan tak nak fikir lagi fasal kontroversi lama. Kalau fikir benda tu ia hanya akan membuatkan saya semakin ke belakang.

“Saya pun dah tak larat nak cakap tentang isu lama dan tak mahu kes itu membuatkan saya makin tenggelam.

“Apa yang saya nampak, kesilapan dulu membuatkan saya jadi lebih baik dan merupakan satu anjakan dalam hidup supaya saya tak mengulanginya lagi,” katanya.

Pada MH, baguslah Fathia cepat tersedar sebelum terlambat.

IKLAN

‘Saya Sedar Akan Kesilapan Lalu’ – Fathia Latiff Mohon Netizen Padam Video Bigo Live

IKLAN

Tentunya harapan para peminat kepada Fathia agar dia dapat memperbaiki diri dan muncul kembali di kaca televisyen. MH yakin ramai yang merindui lakonan Fathia kan?

Dalam pada itu, Fathia juga bakal muncul dengan ‘single’ terbaru dan bakal menjalani penggambaran untuk drama tidak lama lagi.

Sumber: Mstar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI