“Saya Sangka Ia Berita Palsu,” – Fazura Ambil Masa Seharian Terima Hakikat Ashraf Sinclair Telah Pergi Mengadap Illahi, Imbau Memori Gol & Gincu

Share

Rasa sedih saat menerima perkhabaran hiba pemergian pelakon yang juga rakan baik, Ashraf Sinclair, Fazura mengakui pada mulanya dia memikirkan ia sekadar berita palsu.

Namun selepas mendapat pengesahan daripada pengurus isteri arwah, dia mengambil masa untuk mempercayai kebenaran perit itu.

“Mendengar perkhabaran itu, saya menyangka ia berita palsu. Saya fikir, tidak mungkin.

“Tetapi apabila diberitahu, Doddy (pengurus Bunga) mengesahkannya, saya terduduk dan menangis sambil kenangan bersama Ash muncul semua.

“Ia mengambil masa sehari untuk saya mengakui hakikat bahawa dia telah pergi,” jelasnya menerusi perkongsian di Instagram.

Fazura turut mengimbau kembali kenangan berlakon bersama menerusi filem Gol & Gincu.

Jelasnya arwah bukan sekadar teman, malah menyifatkannya sebagai abang yang sentiasa memberi sekongan dan mendorongnya untuk raih kejayaan.

“Daripada set penggambaran, kami menjadi rakan perniagaan sehinggalah arwah bertemu cintanya dan memutuskan untuk berkahwin.

“Saya tak akan lupa cahaya di mata arwah apabila dia bercerita mengenai Bunga (Bunga Cinta Lestari), bagaimana dia dilamun cinta dan teruja untuk melamar.

“Ashraf adalah insan berhati mulia yang mempunyai empati terhadap insan lain dan aura positif yang mampu menerangi segenap ruang,” luahnya.

Isteri kepada Fattah Amin itu turut menitipkan ucapan takziah kepada keluarga Ashraf terutama Bunga dan anak mereka, Noah.

“Kedukaan saya hanya cebisan kecil jika dibandingkan dengan apa yang dilalui keluarga Ashraf terutama Bunga. Kenangan kamu dan Bunga yang saling mencintai, membuatkan saya menangis.

“Saya doakan kamu mendapat Husnul Khatimah dan Allah mengurniakan tempat yang indah di Jannah,” kongsinya lagi.

Industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita pemergian Allahyarham Ashraf di Rumah Sakit Metropolitan Medical Centre, di Kuningan, Jakarta pada pukul 5.51 pagi waktu Malaysia.

Foto : Instagram Fazura

IKLAN