Ads

“Saya Rasa Bab Tunang Atau Kahwin, Insya-Allah Semuanya Akan Tiba,” – Syed Saddiq Jawab Dakwaan Edar Kad Kahwin Bersama Bella Astillah

Spekulasi mengenai tarikh kahwin Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama penyanyi dan pelakon, Bella Astillah kembali diperkatakan warganet apabila tular sekeping gambar yang mendakwa kononnya Ahli Parlimen Muar itu ada mengedarkan sampul surat berupa kad jemputan perkahwinan kepada jemputan khas.

Meleraikan kekeliruan tersebut, Syed Saddiq, 34, bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan dan menjelaskan bahawa sampul surat terbabit adalah berkaitan urusan tugasnya sebagai wakil rakyat.

“Saya rasa dalam bab tunang atau kahwin ini, Insya-Allah semuanya akan tiba. Malah saya merasakan perkara (cerita bakal mendirikan rumah tangga) bukanlah baharu bagi saya dan wanita istimewa, Bella Astillah tetapi juga di antara keluarga.

“Apa pun, saya selalu minta untuk doakan sahaja. Bukan untuk alih jawapan (dakwaan edar kad kahwin), tetapi bagi saya doa itu sangat penting kerana insya-Allah tahun ini bermakna dan istimewa.

“Akan tetapi, saya nak cakap jujur, bila kad itu disampaikan di parlimen, itu adalah permohonan mewakili orang Muar yang saya sampaikan kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Ads

“Itu adalah tugas saya. Walau ada buat kerja-kerja sampingan namun tanggungjawab hakiki tidak boleh saya lupakan,” katanya.

Saddiq turut menjelaskan sekiranya hari bahagia itu akan tiba, dia terbuka untuk berkongsi perkara tersebut kepada semua peminat.

“Sekiranya ada, kalian semua akan diberitahu, jangan risau. Insya-Allah doakan kita tengok bagaimana” katanya lagi ketika ditemui pada acara The Raya Table by Dr Cardin di Seri Kembangan, Rabu lalu.

Ads

“Saya Rasa Bab Tunang Atau Kahwin, Insya-Allah Semuanya Akan Tiba,” – Syed Saddiq Jawab Dakwaan Edar Kad Kahwin Bersama Bella Astillah “Saya Rasa Bab Tunang Atau Kahwin, Insya-Allah Semuanya Akan Tiba,” – Syed Saddiq Jawab Dakwaan Edar Kad Kahwin Bersama Bella Astillah

Komitmen Bersama Jenama & Sumbangan Kepada Muar

Bercakap tentang pembabitannya dalam pertunjukkan fesyen berkenaan, jelas Saddiq, dia bersyukur kerana sudah empat kali terlibat dengan jenama sepatu lokal terkemuka itu.

“Saya di sini untuk memberi sokongan kepada Dr Cardin. Ini adalah pembabitan saya yang keempat. Kali ini saya mempromosikan sandal lelaki sempena koleksi lebaran.

Ads

“Saya kagum dengan jenama ini yang dulunya hanya dipakai oleh datuk atau ayah kita. Tetapi kini rekaannya lebih berjiwa muda dan praktikal kepada semua golongan.

“Saya bersyukur dan berterima kerana masih diberi peluang untuk terbabit dengan pelbagai jenama.

“Alhamdulillah tahun lepas sahaja saya dapat sumbangkan RM4.5 juta untuk parlimen Muar merangkumi bantuan makanan, komputer riba, biasiswa pendidikan dan banyak lagi yang lain,” katanya.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Gen Alpha Pun Sayang TokTi! Keperibadian Siti Nurhaliza Terus Dipuji, ‘Humble’...

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri tumpuan apabila beliau sempat menyantuni sekumpulan peminat daripada kalangan pelajar sekolah menengah ketika sedang menikmati makan tengah hari di sebuah restoran, semalam.
error: Hello. Cannot.