Kalau dah namanya kawan baik, maka susah senang pun tentulah bersama-sama kan?

Begitulah juga hubungan antara Fad dan Achey dari kumpulan Bocey.

 ‘Saya Rajin Juga Bawa Anak Melawat Achey’ – Fad Bocey Akui Sedih Tengok Video Achey

IKLAN

Fad Bocey mengakui dia sedih bila lihat rakan baiknya itu dalam kesedihan lebih lagi apabila menonton video Achey meminta maaf pada rakan-rakan jika merimaskan kerana ingin sering menempel bersama rakan-rakan yang punyai anak.

IKLAN

“Saya dah kenal Achey lama, susah senang kami bersama, banyak cerita dia saya tahu.

“Sebab itu saya sedih tengok dia sedih, saya kenal dia macam mana, baik sangat orangnya. Suka tolong kawan-kawan, tak pernah berkira sikit pun.

“Dalam isu anak, satu je saya boleh kata, itu semua rezeki Allah SWT. Ada orang mudah dapat anak, ada orang tak.

“Mungkin rezeki dia di tempat lain, dari segi kesenangan suami isteri, siapa tahu.

“Kadang-kadang saya rajin juga bawa anak melawat Achey, InsyaAllah, jika ada rezeki dia, adalah,” katanya.

Dalam pada itu, Fad kini juga mengehadkan masa sebagai selebriti demi meluangkan masa bersama keluarga.

IKLAN

 ‘Saya Rajin Juga Bawa Anak Melawat Achey’ – Fad Bocey Akui Sedih Tengok Video Achey

“Sekarang hari minggu saya adalah untuk keluarga, anak-anak makin membesar, jadi nak luangkan masa dengan mereka.

“Tapi kalau ada job dekat-dekat tu saya terima je, selebihnya, di rumah tolong ringankan beban isteri,”katanya lagi.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI