“Saya Pun Rasa Buruk,” – Gara-Gara ‘Gatal’ Nak Cuba Tebalkan Bibir, Izara Tak Kan Buat Lagi!

Share

Melayangkan status di laman Twitter mengenai keadaan bibirnya ketika ini, Izara Aishah mengakui sedar mengenai bibir tebalnya itu seringkali mendapat perhatian.

Barangkali selalu mendengar kritikan mengatakan bibirnya besar, kata isteri kepada Adib ini lagi dia akur dengan penampilan sendiri yang disifatkan sebagai ‘buruk’.

Bagaimanapun, dia meminta netizen bersabar kerana kesan suntikan yang dibuat pada bahagian berkenaan sudah hampir surut.

“AkusorangJeKeRasaBibirIzaraBesar akuSorangJekeRasaBibirIzaraBuruk .. heheheh. Bibir buat kak, saya pun rasa buruk.

“Nak Habis dah pon , dah surut dah alhamdulillah ???? saja gatai nak try.”

Pada masa sama, ramai juga yang mempersoalkan tindakan pelakon Jodoh-Jodoh Annisa ini yang dilihat kurang tepat kerana wanita ini sudah cukup sempurna ciptaannya.

Pelakon ini membalas dengan komen “ye mak, saya tak buat lagi.”

Foto – Twitter Izara Aishah

IKLAN