Pelakon wanita popular tanah air, Fasha Sandha sering memberikan lakonan yang bermutu dan tidak pernah mengecewakan hati peminat dengan lakonannya.

Beralih kepada kisah peribadinya pula, seperti ramai yang sudah sedia maklum Fasha merupakan seorang ibu tunggal dengan dua orang anak.

Setelah lama berpisah dengan bekas suaminya, kini Fasha mengakui dia sedang berkawan rapat dengan seseorang namun mereka masih belum sampai ke tahap bercinta.

Ads

“Saya lebih selesa katakan kami berkawan rapat tetapi belum sampai ke tahap bercinta lagi. Saya gembira dengan hidup saya sekarang.

 

“Dia sudah berani cakap rindu dan kami saling berhubung setiap hari.

 

“Walaupun saya tidak meluahkan kata-kata rindu tapi dia tahu saya pun merindui dia,” beritahunya lagi pada Astro Gempak.

Walau bagaimanapun, Fasha enggan mendedahkan siapa jejaka tersebut dan menurutnya jejaka itu masih lagi bujang.

Jelas Fasha lagi, jika siapa yang mahu bercinta dengan dirinya, orang itu perlu tahu bahawa dia merupakan seorang ibu yang mengutamakan anak-anaknya dahulu jadi orang itu perlulah menerima dia seadanya.

Ads

Sedikit informasi tentang Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha binti Hassan, dia dilahirkan di Johor Bahru dan dibesarkan di utara semenanjung Malaysia.

Ads

Fasha mula dikenali ramai pada tahun 2002 apabila dia melibatkan diri dalam bidang pengiklanan dan dunia peragaan.

Pada tahun 2003, Fasha mula berjinak dalam bidang lakonan di mana dia melakonkan watak pelakon pembantu di dalam filem Black Maria dan selepas lakonannya dalam filem itu, dia menerima tawaran lakonan yang mencurah-curah yang bukan sahaja datang dari produksi filem malah drama juga.

Sumber: Astro Gempak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI