Heroin filem, Prebet Sapu, Lim Mei Fen mengakui dia sebenarnya agak segan untuk mendedahkan profesinya sebagai seorang pelakon kepada umum memandangkan dia juga jarang untuk mendapat tawaran berlakon.

Menurut Mei Fen, sebelum ini dia lebih selesa menggelarkan dirinya sebagai seorang pelajar dalam bidang lakonan.

“Saya Pun Dah Biasa & Reda Bila Nama Ditolak…,” – Kurang Dapat Tawaran, Mei Fen Akui Segan Ingin Gelar Diri Pelakon

Katanya lagi, disebabkan tawaran yang agak terhad, jadi, dia hanya menganggap kerjaya tersebut sebagai pekerjaan sampingan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mei Fen 林美芬 (@meifenlim)

“Lapan tahun sejak saya mula berlakon, hari ini ja baru I berani gelar diri seorang pelakon. Setiap kali orang tanya you kerja apa? I selalu jawab I student.

“Sebab nak beranikan diri untuk panggil diri sendiri seorang pelakon, saya tak mampu. Bukan asal malu kalau sebut I pelakon dan orang tak kenal.

“Tak berani sebab memang saya bukan selalu ada offer berlakon, once a while ja. Macam part time job,” tulisnya.

IKLAN

Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh bintang berusia 34 tahun itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

“Saya Pun Dah Biasa & Reda Bila Nama Ditolak…,” – Kurang Dapat Tawaran, Mei Fen Akui Segan Ingin Gelar Diri Pelakon “Saya Pun Dah Biasa & Reda Bila Nama Ditolak…,” – Kurang Dapat Tawaran, Mei Fen Akui Segan Ingin Gelar Diri Pelakon

Pada masa sama, Mei Fen turut akur dengan tuntutan industri seni masa kini yang kini lebih memberi tumpuan kepada pelakon yang mempunyai ramai pengikut di media sosial.

“Dulu saya ingat seorang pelakon professional yg kerja full-time acting harus polish acting skill sebaik mungkin. Jadi, saya masuk Aswara, belajar menjadi seorang pelakon.

IKLAN

“Time tu, saya umur 28, tidak ada seorang pun yg setuju dgn pilihan saya. But, I degil. Teruskan saja.

“Habis belajar, rules industry dah berubah. Acting skill ja tak cukup, kena ada following beribu-ribu. Saya pun sudah biasa dan redho direject sebab following tak ramai,” kongsinya lagi.

“Saya Pun Dah Biasa & Reda Bila Nama Ditolak…,” – Kurang Dapat Tawaran, Mei Fen Akui Segan Ingin Gelar Diri Pelakon

Enggan berputus asa, Mei Fen turut memaklumkan dia juga memanfaatkan waktu-waktunya dikala pandemik ini untuk menambah ilmu mengenai teknik-teknik penyuntingan video.

IKLAN

“Time pandemic I belanjar edit video, buat vlog dan alhamduliha sekarang ini skillset baru ini bagi I rezeki baru.

“Acting tu true love, pair with engagement job baru-baru ni, harap saya mampu terus mengelar diri sendiri seorang pelakon.
Terima kasih berbaca,” ujarnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selaik turut mendoakan agar 2022 ini bakal menjadi tahun yang gemilang buat Mei Fen.

“Saya Pun Dah Biasa & Reda Bila Nama Ditolak…,” – Kurang Dapat Tawaran, Mei Fen Akui Segan Ingin Gelar Diri Pelakon

Dalam perkembangan lain, Mei Fen memaklumkan dirinya kini sedang menjalani pengbaram bagi drama terbaru yang berjudul Rindu Darul Iman terbitan Zeel Production.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Mei Fen

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI