“Saya Pun Dah Belajar Pada Kesilapan Lalu,” – Gelang Pink Sudah Digunting, Nora Danish Kini Selesai 10 Hari Kuarantin

Share

Menzahirkan rasa syukur, pelakon Nora Danish memaklumkan tempoh kuarantinnya selama 10 hari sudah pun selesai selepas dia dilaporkan positif Covid-19, awal Mei lalu.

Nora sebelum ini tampil membuat ujian calitan kerana difahamkan mempunyai kontak rapat individu dalam kategori C dan didapati positif wabak berkenaan meski tidak mengalami simptom jangkitan.

“Alhamdullilah gelang sudah di gunting, Terima kasih pada KKM team yg jaga saya selama 10 hari ni. Love u!

“Rumah pun sudah di sanitise  kan oleh @pestparamedics, thanks alot guys!,” tulisnya.

Pelakon Bencinta itu berkongsi perkembangan dirinya itu menerusi Instagram bersama pautan video berkaitan.

“Now jom #kitajagakita. Jangan keluar rumah la bila tak penting. Saya pun dah belajar pada kesilapan lalu.

Take care everyone, & stay safe!,” tulisnya lagi pada ruangan kapsyen.

Sementara itu menerusi Insta Stories, ibu kepada dua cahaya mata itu dilihat sudah mula melakukan rutin kebiasaannya sebagai isteri dan ibu seperti sedia kala.

Sebelum ini selain Nora, turut sama didapati positif ialah rakan artisnya, Tiz Zaqyah.

Foto: Instagram Nora Danish

IKLAN