Pelakon dan penyanyi, Sharul Kamal tampil memohon agar semua pihak untuk berhenti mengecam seorang peminat wanita yang mengajaknya bergambar ketika dia sedang menikmati hidangan sebagaimana yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Menurut Sharul, kejadian itu berlaku ketika dia berada di Kelantan dan sama sekali tidak menimbulkan rasa terganggu kerana peminat tersebut mendekatinya dengan penuh adab.

“Saya Pula Yang Jadi Kesian…,” – Sharul Kamal Pertahan Peminat Dikecam Gara-Gara Ajak Bergambar Waktu Makan

“Ketika itu, saya berada di Kelantan dan sedang menikmati makan tengah hari. Saya tiada masalah dengan situasi itu.

“Lagipun cara peminat wanita itu datang kepada saya pun dengan penuh adab. Janganlah marah dia lagi.

“Saya dapat notifikasi tanpa henti sebab ramai yang marahkan peminat itu. Dia dah minta maaf kepada saya. Saya pula yang jadi kesian dengan dia,” katanya.

Sharul berkata demikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana Dia Bukan Syurga, pada Rabu.

Ads

Sharul turut menegaskan, tujuan asal memuat naik video tersebut bukanlah untuk memperlekeh atau memalukan sesiapa, sebaliknya ingin berkongsi reaksi peminat terhadap lakonannya dalam drama berkenaan yang semakin dikenali.

“Saya Pula Yang Jadi Kesian…,” – Sharul Kamal Pertahan Peminat Dikecam Gara-Gara Ajak Bergambar Waktu Makan

“Saya tiada niat nak memalukan peminat tersebut. Niat saya berkongsi video ini adalah untuk memberitahu watak Alang ini menjadi.

“Di mana-mana pun ada orang yang akan menegur.
Tak sangka pula timbul isu lain sampai semua orang nak kecam tindakan peminat tersebut,” jelasnya lagi.

Isu Privasi & Sikap Bertimbang Rasa

Mengulas lanjut mengenai situasi berkenaan, Sharul mengakui ada benarnya teguran segelintir netizen berhubung soal menjaga privasi di tempat umum.

Ads

“Saya Pula Yang Jadi Kesian…,” – Sharul Kamal Pertahan Peminat Dikecam Gara-Gara Ajak Bergambar Waktu Makan

Namun begitu, katanya, jika interaksi berlaku dengan cara yang baik, kebanyakan artis pasti tiada masalah untuk melayan peminat.

“Apa yang netizen kata itu ada betulnya juga. Mereka cuma perihatin. Mungkin situasi seperti itu tidak sesuai untuk sesetengah artis kerana mereka amat menitik beratkan soal privasi.

“Saya juga begitu namun, saya ini seorang artis yang jarang berada di luar jika bukan hal kerja. Saya juga jarang melepak. Jadi, susah orang nak jumpa saya di tempat umum.

Ads

“Jadi, bila ada orang ajak bergambar, saya rasa sangat dihargai walaupun sedang makan,” katanya.

Sebelum ini, video tular yang dikongsikan Sharul menunjukkan detik ketika dia ingin menyuap makanan, sebelum dihampiri peminat yang ingin bergambar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SK (@sharulkamal_)

Tindakan tersebut mendapat pelbagai reaksi, termasuk kecaman terhadap peminat terbabit kerana dianggap tidak sensitif terhadap privasi artis ketika makan.

Walau bagaimanapun, peminat berkenaan telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengakui kekhilafan tersebut.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI