Usahawan kosmetik, Bonda Rozita menitipkan pesanan buat para cucunya supaya sentiasa beramal baik serta mendekatkan diri dengan al-Quran meski fasih bertutur dalam bahasa Inggeris.

Rozita turut berharap agar cucunya tidak berasa bangga dan riak sekiranya memiliki kelebihan bertutur bahasa antarabangsa tersebut dengan baik.

“Saya Pesan Pada Cucu Entah Dipakai Atau Tidak…,” – Bonda Rozita Ingatkan;  ‘Kena Azam Belajar Quran, Dibaca Hari-Hari, Dunia Ni Hujung Nak Kiamat!’ “Saya Pesan Pada Cucu Entah Dipakai Atau Tidak…,” – Bonda Rozita Ingatkan;  ‘Kena Azam Belajar Quran, Dibaca Hari-Hari, Dunia Ni Hujung Nak Kiamat!’

Ini pesanan yang diberikan ibu kepada usahawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri buat mereka;

“Anak cucu sy sembang English Berhabuk, laju sgt sampai sy tak faham apa yg mereka sembangkan. Saya pesan pd cucu entah dipakai atau tidak sekurangnya dah cakap.

“Jangan bangga bahasa English, sekolah international. Itu x jamin kejayaan dunia apalagi utk ke akhirat, xpakai semua tu pun!! Basic agama, kena taat ikut syariat & Quran penting sgt.

IKLAN

“Kena azam belajar Quran sampai fasih & dibaca hari2, dunia ni hujung sgt nak kiamat..!! Mati tu ngeri kalu kita xda bekalan, simpanan buat dr masa kita hidup.

“Nenek pesan hidup miskin rasa susah sgt selalu lapar x cukup sbb nenek dah lalui, tp masuk kubur lebih ngeri kita sorang2 hanya quran dn amal baik jadi teman bantu kita.

“Kena siksa azab gelap sunyi – bykan baca ttg alam kubur. Sbb tu nenek pesan kena kuat dgn quran!!,” pesan Rozita.

“Saya Pesan Pada Cucu Entah Dipakai Atau Tidak…,” – Bonda Rozita Ingatkan;  ‘Kena Azam Belajar Quran, Dibaca Hari-Hari, Dunia Ni Hujung Nak Kiamat!’ “Saya Pesan Pada Cucu Entah Dipakai Atau Tidak…,” – Bonda Rozita Ingatkan;  ‘Kena Azam Belajar Quran, Dibaca Hari-Hari, Dunia Ni Hujung Nak Kiamat!’

IKLAN

Malah, dia juga ada berkongsi pengalaman hidup yang pernah dilaluinya seterusnya mengakui sangat mementingkan hal duniawi berbanding akhirat, sebelum ini.

“Sembang2 dgn cucu Masa muda dulu, nenek cakap pd diri ‘takutnya umur 40’ sy masih xda rumah & pekerjaaan tetap, sy x nak miskin nanti org hina anak2 keturunan. Saya kena ubah diri demi kebaikan masa depan sy sendiri & bawa anak2 keluar dr kehidupan sekarang.

“Masa muda kerja kuat xapa tua xlarat kerja dah, jangan tua uzur nanti sy meratap susah hidup dn meminta2 nanti anak menantu rasa sy menyusahkan anak2 (belum tentu anak & menantu nak jaga atau ikhlas sayang kita, kita kena siapkan ekonomi jaga diri sihat sebelum tua),” tulisnya lagi menerusi hantaran di Instagram.

IKLAN

“Saya Pesan Pada Cucu Entah Dipakai Atau Tidak…,” – Bonda Rozita Ingatkan;  ‘Kena Azam Belajar Quran, Dibaca Hari-Hari, Dunia Ni Hujung Nak Kiamat!’

“Saya Pesan Pada Cucu Entah Dipakai Atau Tidak…,” – Bonda Rozita Ingatkan;  ‘Kena Azam Belajar Quran, Dibaca Hari-Hari, Dunia Ni Hujung Nak Kiamat!’

Meninjau ke ruangan komen, ada yang turut memberikan pelbagai mengenai pandangannya itu.

Foto; Instagram Bonda Rozita

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI