Uncategorized

“Saya Pernah Digelar Primadona Filem Melayu,”- Rita Rudaini Nafi Punyai Masalah Dengan Artis Baru, Sifatkan Industri Sebagai Tenat

Share

Pelakon jelita, Rita Rudaini menegaskan dirinya tidak mempunyai masalah dengan mana-mana artis sebaliknya mengakui memang tidak suka untuk menghadiri ke majlis-majlis anugerah.

Menurutnya, cerita yang direka ini tidak masuk akal sama sekali dan hanyalah bersifat fitnah bagi menjatuhkan dirinya.

Kenyataan tersebut dibuat selepas ada pihak yang mendakwa Rita enggan berkerjasama bersama artis baru untuk sebuah majlis anugerah yang berlangsung baru- baru ini.

“Orang yang suka buat fitnah dan reka cerita ni, saya terfikir bagaimana mereka ini boleh tidur lena? Tak rasa bersalah ke ada-adakan cerita?

“Kepada yang reka cerita tak masuk akal ini, satu je saya nak bagi tahu, saya ni tak hidup dengan kontroversi. Mungkin artis lain perlukan kontroversi untuk naikkan nama tapi tidak untuk saya.

“Saya pernah diangkat sebagai perimadona filem Melayu, saya dah pernah merasa semua tu. Jadi ia tidak penting lagi bagi saya,” tulisnya.

Tambah Rita, antara sebab dia tidak mahu pergi ke kebanyakan majlis anugerah adalah kerana tidak mahu mengejar populariti seperti sesetengah artis.

“Saya tak suka datang mana-mana anugerah sebab saya bukan seorang yang gila glamour. Ada apa pada nama? Bukan itu yang saya cari.

“Saya tidak akan pergi mana-mana acara kalau saya tak bertugas. Industri kita bukan sahaja tenat tapi busuk,” katanya lagi.

Foto: Rita Rudaini

IKLAN