
Pelakon dan pengarah Syamsul Yusof menemplak pendapat sesetengah pihak yang menyifatkan dirinya lebih bagus menjadi pengarah berbanding pelakon.
Kenyataan tersebut dibuat susulan gaya lakonannya di dalam filem Munafik 2 dikritik segelintir peminat filem tempatan di Twitter.
“Dirctor pun takbagus mana bro.Biasaje.Taknak blakon but peminat nak & dpt top 5 best actor asia pasifik so. im gonna do it i guess,” tulisnya.
Tambah Syamsul, dia tetap ingin melakonkan watak Ustaz Adam di dalam filem Munafik 2 kerana mahu mengikut kehendak peminat selain pernah dinobatkan sebagai lima pelakon lelaki terbaik di Festival Filem Asia Pasifik.
Dalam pada itu, Syamsul turut bersyukur kerana filem Munafik 2 menerima respon pelbagai daripada orang ramai sehingga menyebabkan telefon bimbitnya ‘hang’.
YaAllah hp abg sampai jam/hang coz byk sgt notification! Syukur & terima kasih semua.Yg baik dr Allah,yg part kurangtu dr abg sendiri.
— Syamsul Yusof (@SyamsulYusof84) August 31, 2018
Tambah Syamsul, dia amat berterima kasih kepada semua yang menyokong filem arahannya itu dan menyifatkan yang baik itu bukanlah datang daripadanya sebaliknya daripada Allah .
Terdahulu, Filem Munafik 2 berjaya memecahkan rekod yang dipegang filem Hantu Kak Limah apabila memerima jumlah kutipan lebih RM 2 juta pada hari pertama ditayangkan.
Foto: Twitter
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI