“Saya Perempuan Tulen, Ada Dua Orang Anak,” – Jawab Eina Azman Bila Ada Yang Bandingkan Dengan Usahawan Sensasi

Share

Memuat naik video di Instagram yang merakamkan sosok tubuh langsing, posting Datin Paduka Eina Azman nyata mendapat perhatian ramai.

Malah, figuranya membuatkan ramai yang mengagumi kejelitaan ibu beranak dua itu.

Bagaimanapun, dalam ribuan komen yang ditinggalkan, ada individu yang dilihat ada memberi reaksi dengan memuji lalu seakan-akan membandingkan sosok tubuh langsingnya itu dengan figura seorang usahawan sensasi.

Cantik, kalah Sajat,” komen individu berkenaan.

Bagaimanapun, isteri kepada Datuk Paduka Kaiser Gurmeet ini ada meninggalkan reaksi balas.

Sorry ya. Saya perempuan tulen dan dah ada 2 org anak. So beza sangat di situ,” jawabnya.

Komen tersebut juga turut mendapat reaksi peminat lainnya.

Sehingga kini video tersebut telah mendapat lebih 400,000 tontonan selepas dimuat naik Eina beberapa jam lalu.

Untuk rekod, Eina mendirikan rumah tangga dengan Kaiser pada 31 Ogos 2014 dan mereka dikurniakan pasangan kembar comel pada tanggal 19 Februari 2016.

Foto: Instagram Eina Azman

IKLAN