Terkesan dengan kes perceraian melibatkan selebriti sepanjang tahun ini, aktor Hisyam Hashim akui hal yang berlaku membuatkan dirinya simpati dan sedih.

Meski berat untuk memberikan reaksi, namun bintang asal Singapura ini berpandangan bahawa perpisahan bukanlah jalan terakhir, meski ia adalah pilihan masing-masing.

Malah, kita sendiri tidak berada di dalam situasi yang dialami mereka.

Menurut pelakon Abang Bomba I Love You ini, baginya perceraian bukan jalan terbaik dalam menyelesaikan masalah rumah tangga.

Sebaliknya, ia mungkin langkah terakhir demi kebaikan bersama.

“Sebenarnya hal tersebut agak berat untuk saya berikan komen dan ia subjektif.  Cuma, bagi saya sebagai suami dan bapa, setiap rumah tangga itu punya masalah tersendiri dan pasang surutnya.

IKLAN

“Sementara bagi mereka yang sedang berada dalam konflik, kita tidak boleh komen secara melulu terhadap apa yang mereka lalui.

“Sebabnya, kita tak nampak di sebalik apa yang berlaku dan tidak berada di dalam situasi berkenaan.

“Kalau mungkin ada yang cakap jalan penyelesaian dalam rumah tangga dengan bercerai itu adalah yang terbaik, ia bergantung kepada individu itu sendiri.

IKLAN

“Akan tetapi saya percaya, setiap pasangan berkahwin sebolehnya mahu bersama selamanya,” katanya jujur.

Sementara itu, pelakon berusia 34 tahun ini turut mengharapkan agar setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga punyai fikiran yang matang dan waras.

“Pada saya, jika anda percaya dengan rasa cinta atau sayang terhadap institusi kekeluargaan dalam rumah tangga, anda harus mempertahankannya.

IKLAN

“Bukanlah memilih untuk berpisah seterusnya membawa haluan masing-masing. Akan tetapi seperti yang saya beritahu sedari awal, kita tidak berada di di dalam situasi yang mereka hadapi.

“Apa pun, saya harap bagi mereka yang sudah berkelurga atau yang bakal mendirikan rumah tangga, harapnya hubungan kalian kekal harmoni selamanya, insyaAllah,” pinta Hisyam optimis.

Hisyam yang sudah pun mendirikan rumah tangga bersama isteri, Rosmawati Hanafi sejak 2006 lalu turut dikurniakan dua orang cahaya mata, Nurish dan Hayden, 10 tahun.

Terdahulu, bintang ini ditemui MH pada Konsert Throwbaek 2019 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam, pada Ahad.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI