“Saya Percaya Dengan Quote ‘Cabin Crew Ni Letak Kat Mana-Mana Pun Boleh Hidup,” – Industri Penerbangan Terjejas, Zarul Husin Beri Sokongan Buat…

Share

Penyanyi dan pelakon, Zarul Husin meluahkan rasa sedih terhadap industri penerbangan Malaysia yang kian terjejas akibat pandemik Covid-19.

Selain itu, bekas pramugara syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) ini turut bersimpati dengan ratusan nasib anak kapal yang ada kehilangan perkerjaan.

Malah, Zarul turut mendoakan agar industri penerbangan di Malaysia kembali pulih seperti sedia kala selepas ini.

“Doakan yg terbaik buat semua pemain industri penerbangan di Malaysia.

“Sekarang mereka sedang diuji dengan situasi Covid-19 yg semakin hari semakin menjejaskan sektor ini.

“Kepada rakan2 diluar sana semoga terus bertabah dengan ujian ini. Perlahan2 cuba cari peluang baru kat luar sana.

“Sy percaya dengan quote “ccrew ni letak kat mana2 pun boleh hidup.” tulisnya.

Terdahulu, vokalis kumpulan Umbrella ini membuat keputusan berhenti dalam karier nyanyian pada tahun 1997 lalu memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya sebagai pramugara.

Selepas hampir 17 tahun berkhidmat sebagai pramugara, Zarul meletakkan jawatan dan kembali aktif dalam industri hiburan lokal.

Foto: Instagram Zarul Husin

IKLAN