Ads

“Saya Penat, Orang Tak Ambil Serius…,” – Menitis Air Mata Mia Sara, Luahan Jujur Mahu Diambil Serius Sebagai Pelakon Dewasa

Pelakon, Mia Sara berharap agar selepas ini para pengarah dan pemain industri dapat memberikan lebih banyak peluang kepadanya untuk mencuba pelbagai watak baharu yang bukan sekadar terikat dengan imej sebagai pelakon kanak-kanak semata-mata.

Ketika ditemui, Mia tidak dapat menahan sebak apabila meluahkan rasa penat kerana masih dilayan seperti kanak-kanak dan tidak dipandang secara serius meskipun telah lama berkecimpung dalam dunia lakonan.

“Saya Penat, Orang Tak Ambil Serius…,” – Menitis Air Mata Mia Sara, Luahan Jujur Mahu Diambil Serius Sebagai Pelakon Dewasa

“Setiap orang ada rezeki masing-masing. Saya faham ini adalah perjalanan dan rezeki saya. Saya cuma berharap orang boleh nampak saya lebih daripada pelakon kanak-kanak. Saya boleh buat lebih daripada itu.

“Cuma saya tidak diberikan peluang dan platform yang betul. Saya penat jadi kanak-kanak. Orang tak melihat saya secara serius.

“Walaupun saya seronok jadi pelakon kanak-kanak dan hiburkan hati ramai orang tapi saya rasa sudah tiba masa kita move on. Saya tak boleh jadi kanak-kanak selamanya,” katanya kepada MH.

Mia berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media mini drama FYP Macam VIP yang berlangsung di McDonald’s Pantai Sentral Park, Kuala Lumpur, pada Rabu.

Ads

“Saya Penat, Orang Tak Ambil Serius…,” – Menitis Air Mata Mia Sara, Luahan Jujur Mahu Diambil Serius Sebagai Pelakon Dewasa

Terjejas Emosi

Dalam masa sama, pelakon filem Papa I Love You itu mengakui situasi berkenaan sedikit sebanyak memberi kesan emosinya.“Saya Penat, Orang Tak Ambil Serius…,” – Menitis Air Mata Mia Sara, Luahan Jujur Mahu Diambil Serius Sebagai Pelakon Dewasa

“Ya, ia memang menjejaskan kesihatan mental saya. Bila orang melihat kita masih budak, mereka tidak akan ambil kita serius. Apa yang kita cakap atau rasa, mereka tak ambil serius.

“Bercakap soal kesihatan mental, saya memang sedang melawannya sejak usia 15 tahun lagi. Saya juga ada bercakap tentang perjalanan kesihatan mental saya secara terbuka. Saya tak sorokkan pun,” ujarnya lagi.

Ads

Mahu Peluang, Pengiktirafan Sebenar

Menurut Mia lagi, sebagai pelakon yang memulakan kerjaya seawal usia empat tahun, dia yakin mampu membawakan watak yang lebih mencabar sekiranya diberi kepercayaan dan peluang yang sewajarnya.

“Saya Penat, Orang Tak Ambil Serius…,” – Menitis Air Mata Mia Sara, Luahan Jujur Mahu Diambil Serius Sebagai Pelakon Dewasa

“Tiada siapa yang pernah melihat kemampuan sebenar saya atau dorong saya ke tahap yang tak pernah dicapai sebelum ini. Mereka juga tak tahu bakat dan apa yang boleh saya tawarkan.

Ads

“Saya langsung tidak diberikan peluang. Orang hanya ingat saya mampu jadi budak sekolah sahaja. Saya lebih dari itu,” kongsinya.

Bakal menginjak usia 21 tahun, Mia atau nama sebenarnya Mia Sara Nasuha berkata, kini tiba masanya untuk dia lebih serius menentukan hala tuju kerjayanya dalam industri seni.“Saya Penat, Orang Tak Ambil Serius…,” – Menitis Air Mata Mia Sara, Luahan Jujur Mahu Diambil Serius Sebagai Pelakon Dewasa

“Tahun ini saya sudah menginjak usia 21 tahun. Saya bukan lagi budak kecil. Kini saya perlu memilih haluan kerjaya saya. Ketika ini, saya mencuba banyak perkara baharu. Saya cuba mencari sesuatu yang buat saya rasa selesa.

“Semoga kini saya boleh beralih dari pelakon kanak-kanak kepada pelakon dewasa. Saya cuba nak ketepikan persepsi bahawa Mia Sarah masih budak kecil.

“Saya sudah penat untuk menjadi budak kecil di mata orang. Saya tak suka dipandang sebagai budak kecil selamanya,” akhirinya.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Pelakon Siksa Neraka Dedah Beban Hidup, Jadi Sumber Kewangan Keluarga Sejak...

Pelakon dan model Indonesia, Safira Ratu Sofya, mendedahkan beliau memikul tanggungjawab sebagai sumber pendapatan keluarga sejak kecil namun tidak pernah memegang sendiri gaji hasil kerjaya...
error: Hello. Cannot.